BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamualaikum
korang ^_^
rasa macam lama je tak berkunjung kat sini. Maklumlah. Masih musim exam. Lagi dua
paper insyaAllah. Doakanlah ana dan rakan2 yang lain ye. Harap korang pun sihat
lah ye. Amin insyaAllah. Moga setiap langkah kita di dunia ini, diberkati
Allah. Ada satu cerita yang ana nak share ngan korang tentang seseorang. Seseorang
yang sangat tertarik peribadinya untuk diikuti. Kehidupan bersama suami dan
anak2 nya yang sangat ana tertarik. Kesolehahannya yang membuatkan diri rasa
rendah diri. Dirinya yang terjaga, terpelihara rapi, hanya untuk
suami. Allah. Sebak rasa menaip tentang si “dia”.
Sudah hampir
2 minggu tidak berkunjung ke facebooknya kerana focus untuk menduduki peperiksaan
akhir tahun. Tangan mula menaip nama Qurratu Ain. Tetiba terkejut melihat
banyak ucapan takziah dalam timeline. Terfikir sejenak, kenapa ni??? Scroll scroll
sampai ke bawah. Belum lagi habis membaca ramai yang mengucapkan takziah
untuknya, air mata mengalir tanpa sedar. Tak sanggup untuk scroll sampai bawah.
Allahuakbar. Akak. Sungguh hati sangat tersentuh. Seorang yang terkenal dengan
peribadinya, kesolehahannya. Allahuakbar. Mulut tak berhenti mengucap kalimah
ALLAH ALLAH ALLAH. Sungguh tak percaya. Hampir seminggu arwah telah pergi
menghadap Illahi kerana terlibat dalam satu kemalangan. Walaupun hanya kenal di
laman muka buku “facebook”, sangat terasa atas pemergian arwah yang digelar
suaminya “BIDADARI”.
Hampir
setiap hari melihat perkembangan arwah bersama suaminya serta puteri solehah
dan putera soleh mereka di facebook. Mengambil motivasi tentang kehidupannya
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan kita, kehidupan seorang wanita muslimah
untuk si suami, kewajipan kepada anak2, berkongsi resepi air tangannya yang
diambil resepi dari ibunya, status2 yang banyak menginsafkan kita dengan dunia
pinjaman ini, Allah. Bertambah2 terinspirasi membaca setiap post di timeline
bidadari syurga ini. Tak dapat nak ditulis panjang lebar. Perkongsian arwah
yang banyak menjentik jiwa seorang yang bergelar wanita. Saat kematiannya tiba,
seorang suami yang mungkin bagi pandangan kita, rasa tak dapat nak hidup
tanpanya dengan membesarkan putera puteri mereka sendirian, tapi sangkaan kita
salah. Kuatnya seorang suami melepaskan dengan redha pemergian “bidadari”nya
sehingga berulang kali mengucapkan kata “dia seorang isteri yang baik. Aku redha
kepadanya. Aku redha kepadanya.” Allahuakbar. YaAllah, jadikan aku sepertinya.”
Arwah sangat disenangi orang sekeliling walaupun hanya kenal di alam maya.
Ada diceritakan
oleh ahli keluarga arwah, di dalam kemalangan tersebut, bukan hanya dia sahaja.
Tetapi suami, anak2nya, serta ahli keluarga lain juga turut terlibat dalam
kemalangan tersebut. Tapi yang anehnya, ahli keluarga yang terlibat lain tak
ada kecederaan walaupun patah. Tapi hanya arwah sahaja yang teruk. Allah lebih sayangkan
arwah. Arwah juga merupakan bekas pelajar Darul Quran Jakim sama tempat ana
belajar masa diploma dulu. Cuma arwah batch yang teratas dan tidak sempat kenal
bersua muka. Mula ingin kenal dengannya, melihat pelbagai resepi dari
facebooknya untuk dikongsikan pada sahabat2. Dari situ banyak melihat
perkembangannya serta kehidupannya.
Satu coretan
puisi buat si “bidadari” yang dikirimkan oleh sahabatnya di facebook,
Bila dunia
dipandang sebagai singgahan,
Maka keikhlasan
akan jelas kelihatan.
Bila akhlak
dan budi pekerti menjadi panduan,
Maka manusia
sekeliling akan senang menjadikan teman.
Bila tanggungjawab
dijadikan keutamaan,
Maka segala
kesusahan tidak rasa terbeban.
Bila diari
kehidupan penuh dengan kesabaran,
Maka keindahannya
di penghujung perjalanan…
Terlalu banyak
kata2 terakhir buat arwah di facebooknya. Sungguh tak nafikan, ramai menyenangi
arwah sepanjang dipinjamkan Allah di bumi ini. Istimewanya engkau wahai “bidadari”.
Satu coretan
lagi dari seorang yang bergelar suami,
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Yang sangat
taat padaku,
Menjaga makan
minumku,
Menjaga pakaian
dan penampilanku,
Agar aku
tenang menyampaikan dakwahku…
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Yang memberi
senyuman disaat ku berpergian,
Yang menyambut
kepulanganku dengan penuh kelembutan,
Menghulurkan
senyuman ikhlas saat tersakiti,
Meminta maaf
ketika khilaf,
Menyembunyi
duka tatkala diuji…
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Melahirkan zuriat
yang sempurna buatku,
Susah payah
menjaga dan mentarbiyah anak2ku,
Kaulah sebaik2
madrasah dan ibu…
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Allah
sebagai cinta AGUNGmu,
Rasul sebagai
kekasih hatimu,
Dakwah menjadi
keutamaanmu,
Tempatmu mulia
disisi Mereka…
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Ketika menjadi
isteri, kau cuba menjadi yang terhebat,
Ketika bersahabat,
kaulah sebaik2 sahabat,
Ketika diuji
dengan manusia, kau tabah dan sabar,
Kerana ujian
tanda ALLAH sayang…
Ku rindukan
KETUA BIDADARIKU…
Tak terbayang
bagaimana dapatku teruskan kehidupan tanpamu,
Namun aku
berjanji akan mendidik anak2 kita
menjadi Huffaz al-Quran seperti yang kau
impi,
Tiada yang
dapat menggantikan tempatmu di hati,
Senyuman,
keayuan, kelembutan, keceriaan dan
kecerdikanmu
menjadi memori terindah buat diri ini…
Daku
bersyukur dihadiahkan seorang isteri
yang solehah lagi mithali,
Qurratu
Ainku, penyejuk mata penawar hatiku,
Dulu isteri,
kini bidadari,
Sambut abang
di pintu Syurga nanti,
Wahai KETUA
BIDADARIKU…
Nama sebenar
arwah Nurhamizah Binti Mohd Sharif yang hanya dikenali “Qurratu Ain” nama
facebooknya. Ya! Qurratu Ain penyejuk mata buat semua. ~Ayuh contohi dia wahai
muslimah~muslimah yang diredhai suaminya~ sampai saat yang dijanjikanNya untuk
mu wahai “bidadari syurga”. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat
111. Sesungguhnya “pemergian yang abadi ini” adalah pemergian yang menyedarkan
jiwa2 untuk kembali mengingati MATI, setelah terleka dengan angan2 dunia yang
panjang lagi hina ini.
Kata2
terakhir arwah tinggalkan untuk kita di timeline sebelum meninggalkan kita
semua. Ambil dan masukkanlah ke dalam jiwa kalian…
Bismillah…
Dalam mengejar
kebahagiaan di dunia,
jangan lupa persiapan kita untuk
kebahagiaan di akhirat
kelak.
Bagaimana SOLAT
kita?
Bagaimana PUASA
kita?
Bagaimana ZAKAT
kita?
Bagaimana dengan
BACAAN AL-QURAN kita?
Bagaimana dengan
AMALAN2 SUNAT kita?
Bagaimana hubungan
kita dengan ALLAH
dan hubungan sesame MANUSIA?
Dan pelbagai
lagi persoalan2
yang perlu kita persoalkan pada diri sendiri.
Supaya diri
ini sentiasa ingat bahawa
MATI itu PASTI.
Apabila tiba
saat ajal datang menjemput,
tiada terlambat walau sesaat.
Subhanallah…
Muhasabah untuk
diriku…
Apabila terkenangkan
kematian insan2 yang terlebih dahulu pergi ke alam barzakh menemui Pencipta…
Perbualan seseorang dengan suami arwah
Sungguh, Allah mengambilnya dikala sudah persiapkan diri
Mcj yang menyentuh hati
Arwah bersama suami dan putera puteri mereka
Moga tenang dikau disana
Wallahua’lam.
Moga bermanfaat buat semua (‘’,)