"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Thursday 7 May 2015

Tenanglah "Bidadari" Di Sana

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamualaikum korang ^_^ rasa macam lama je tak berkunjung kat sini. Maklumlah. Masih musim exam. Lagi dua paper insyaAllah. Doakanlah ana dan rakan2 yang lain ye. Harap korang pun sihat lah ye. Amin insyaAllah. Moga setiap langkah kita di dunia ini, diberkati Allah. Ada satu cerita yang ana nak share ngan korang tentang seseorang. Seseorang yang sangat tertarik peribadinya untuk diikuti. Kehidupan bersama suami dan anak2 nya yang sangat ana tertarik. Kesolehahannya yang membuatkan diri rasa rendah diri. Dirinya yang terjaga, terpelihara rapi, hanya untuk suami. Allah. Sebak rasa menaip tentang si “dia”.

Sudah hampir 2 minggu tidak berkunjung ke facebooknya kerana focus untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. Tangan mula menaip nama Qurratu Ain. Tetiba terkejut melihat banyak ucapan takziah dalam timeline. Terfikir sejenak, kenapa ni??? Scroll scroll sampai ke bawah. Belum lagi habis membaca ramai yang mengucapkan takziah untuknya, air mata mengalir tanpa sedar. Tak sanggup untuk scroll sampai bawah. Allahuakbar. Akak. Sungguh hati sangat tersentuh. Seorang yang terkenal dengan peribadinya, kesolehahannya. Allahuakbar. Mulut tak berhenti mengucap kalimah ALLAH ALLAH ALLAH. Sungguh tak percaya. Hampir seminggu arwah telah pergi menghadap Illahi kerana terlibat dalam satu kemalangan. Walaupun hanya kenal di laman muka buku “facebook”, sangat terasa atas pemergian arwah yang digelar suaminya “BIDADARI”.

Hampir setiap hari melihat perkembangan arwah bersama suaminya serta puteri solehah dan putera soleh mereka di facebook. Mengambil motivasi tentang kehidupannya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan kita, kehidupan seorang wanita muslimah untuk si suami, kewajipan kepada anak2, berkongsi resepi air tangannya yang diambil resepi dari ibunya, status2 yang banyak menginsafkan kita dengan dunia pinjaman ini, Allah. Bertambah2 terinspirasi membaca setiap post di timeline bidadari syurga ini. Tak dapat nak ditulis panjang lebar. Perkongsian arwah yang banyak menjentik jiwa seorang yang bergelar wanita. Saat kematiannya tiba, seorang suami yang mungkin bagi pandangan kita, rasa tak dapat nak hidup tanpanya dengan membesarkan putera puteri mereka sendirian, tapi sangkaan kita salah. Kuatnya seorang suami melepaskan dengan redha pemergian “bidadari”nya sehingga berulang kali mengucapkan kata “dia seorang isteri yang baik. Aku redha kepadanya. Aku redha kepadanya.” Allahuakbar. YaAllah, jadikan aku sepertinya.” Arwah sangat disenangi orang sekeliling walaupun hanya kenal di alam maya.

Ada diceritakan oleh ahli keluarga arwah, di dalam kemalangan tersebut, bukan hanya dia sahaja. Tetapi suami, anak2nya, serta ahli keluarga lain juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Tapi yang anehnya, ahli keluarga yang terlibat lain tak ada kecederaan walaupun patah. Tapi hanya arwah sahaja yang teruk. Allah lebih sayangkan arwah. Arwah juga merupakan bekas pelajar Darul Quran Jakim sama tempat ana belajar masa diploma dulu. Cuma arwah batch yang teratas dan tidak sempat kenal bersua muka. Mula ingin kenal dengannya, melihat pelbagai resepi dari facebooknya untuk dikongsikan pada sahabat2. Dari situ banyak melihat perkembangannya serta kehidupannya.

Satu coretan puisi buat si “bidadari” yang dikirimkan oleh sahabatnya di facebook,
Bila dunia dipandang sebagai singgahan,
Maka keikhlasan akan jelas kelihatan.
Bila akhlak dan budi pekerti menjadi panduan,
Maka manusia sekeliling akan senang menjadikan teman.
Bila tanggungjawab dijadikan keutamaan,
Maka segala kesusahan tidak rasa terbeban.
Bila diari kehidupan penuh dengan kesabaran,
Maka keindahannya di penghujung perjalanan…

Terlalu banyak kata2 terakhir buat arwah di facebooknya. Sungguh tak nafikan, ramai menyenangi arwah sepanjang dipinjamkan Allah di bumi ini. Istimewanya engkau wahai “bidadari”.
Satu coretan lagi dari seorang yang bergelar suami,
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Yang sangat taat padaku,
Menjaga makan minumku,
Menjaga pakaian dan penampilanku,
Agar aku tenang menyampaikan dakwahku…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Yang memberi senyuman disaat ku berpergian,
Yang menyambut kepulanganku dengan penuh kelembutan,
Menghulurkan senyuman ikhlas saat tersakiti,
Meminta maaf ketika khilaf,
Menyembunyi duka tatkala diuji…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Melahirkan zuriat yang sempurna buatku,
Susah payah menjaga dan mentarbiyah anak2ku,
Kaulah sebaik2 madrasah dan ibu…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Allah sebagai cinta AGUNGmu,
Rasul sebagai kekasih hatimu,
Dakwah menjadi keutamaanmu,
Tempatmu mulia disisi Mereka…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Ketika menjadi isteri, kau cuba menjadi yang terhebat,
Ketika bersahabat, kaulah sebaik2 sahabat,
Ketika diuji dengan manusia, kau tabah dan sabar,
Kerana ujian tanda ALLAH sayang…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Tak terbayang bagaimana dapatku teruskan kehidupan tanpamu,
Namun aku berjanji akan mendidik anak2 kita 
menjadi Huffaz al-Quran seperti yang kau impi,
Tiada yang dapat menggantikan tempatmu di hati,
Senyuman, keayuan, kelembutan, keceriaan dan
kecerdikanmu menjadi memori terindah buat diri ini…
Daku bersyukur dihadiahkan seorang isteri 
yang solehah lagi mithali,
Qurratu Ainku, penyejuk mata penawar hatiku,
Dulu isteri, kini bidadari,
Sambut abang di pintu Syurga nanti,
Wahai KETUA BIDADARIKU…

Nama sebenar arwah Nurhamizah Binti Mohd Sharif yang hanya dikenali “Qurratu Ain” nama facebooknya. Ya! Qurratu Ain penyejuk mata buat semua. ~Ayuh contohi dia wahai muslimah~muslimah yang diredhai suaminya~ sampai saat yang dijanjikanNya untuk mu wahai “bidadari syurga”. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 111. Sesungguhnya “pemergian yang abadi ini” adalah pemergian yang menyedarkan jiwa2 untuk kembali mengingati MATI, setelah terleka dengan angan2 dunia yang panjang lagi hina ini.
Kata2 terakhir arwah tinggalkan untuk kita di timeline sebelum meninggalkan kita semua. Ambil dan masukkanlah ke dalam jiwa kalian…

Bismillah…
Dalam mengejar kebahagiaan di dunia, 
jangan lupa persiapan kita untuk 
kebahagiaan di akhirat kelak.
Bagaimana SOLAT kita?
Bagaimana PUASA kita?
Bagaimana ZAKAT kita?
Bagaimana dengan BACAAN AL-QURAN kita?
Bagaimana dengan AMALAN2 SUNAT kita?
Bagaimana hubungan kita dengan ALLAH 
dan hubungan sesame MANUSIA?
Dan pelbagai lagi persoalan2 
yang perlu kita persoalkan pada diri sendiri.
Supaya diri ini sentiasa ingat bahawa 
MATI itu PASTI.
Apabila tiba saat ajal datang menjemput, 
tiada terlambat walau sesaat.
Subhanallah…
Muhasabah untuk diriku…
Apabila terkenangkan kematian insan2 yang terlebih dahulu pergi ke alam barzakh menemui Pencipta…

Perbualan seseorang dengan suami arwah

Sungguh, Allah mengambilnya dikala sudah persiapkan diri

Mcj yang menyentuh hati

Arwah bersama suami dan putera puteri mereka

Moga tenang dikau disana

Wallahua’lam. Moga bermanfaat buat semua (‘’,)