"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Thursday 15 October 2015

Makanan Arab "MAHSYI"

Jom Kenali Makanan Arab!

Balik dari kelas semestinya perut berbunyi minta diisi. Alhamdulillah rezeki daripada Allah. Niat je nak makan, terus sampai ^^
MAHSYI” sejenis makanan, nasi yang dibalut dengan daun anggur. Tapi ada juga nasi dibalut dengan cili dan terung. Ni mungkin ikut kreativiti masing2 kot. Memang TERBAIKLAH!!!
Nasi yang dibalut dengan daun anggur yang berada di tengah2 seperti dalam gambar,
Sebelah kiri yang berwarna hijau adalah yang dibalut dengan cili dan sebelah kanan pula dibalut dengan terung.
Mama rumah (tuan rumah yang kami menginap) tidak putus2 turun ke rumah kami memberi pelbagai makanan dari air tangannya.
“AWATIF!!”
“HUDA!!”

Inilah nama ‘musyrifah rumah’ yang acap kali dipanggil mama untuk menghulurkan makanan yang mama buat sendiri.
MAHSYI

Wednesday 14 October 2015

MAQAM SEKITAR MANSURAH MESIR

Alhamdulillah, pada tarikh 9 oktober yang lalu berkesempatan menziarahi maqam2 dan tempat bersejarah yang biasa dilawati para pelancong terutamanya pelajar Malaysia di Mansurah Mesir.
Banyak maqam tokoh2 wali dan ulama’ ilmuan terulung Mesir dan juga pusat perkembangan ilmu boleh diziarahi di Mansurah. Antara maqam dan pusat perkembangan ilmu as-Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi r.a ulama’ terulung di Mansurah, maqam dan pusat sebaran ilmu as-Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a Syeikhul Akbar al-Azhar, maqam Muhammad Ibnu Abu Bakr anak kepada sahabat Nabi SAW Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan maqam Abdullah Ibnu Salam sahabat Nabi SAW yang menjadi perutusannya ke Mesir.
Antara maqam yang kami sempat ziarah,

AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A
Berlian yang dikagumi dan kematian yang ditangisi. Beliau turut digelar sebagai “lampu kebenaran”. Beliau yang dilahirkan pada 9 April 1911 di Kampung Mit Ghamr Daqhiliah Duqdos dan meninggal dunia pada usia 87 tahun. Beliau dikebumikan di Kampungnya Duqdos.
Sejarah perjalanan kehidupannya mencatatkan beliau pernah mengajar di Maahad Dini Tanta, Maahad Iskandariah, Maahad Zaqzig dan akhirnya dipanggil oleh kerajaan Saudi pada tahun  1950 M untuk mengajar di Universiti al-Malik Abdul Aziz. Selepas tempoh 10 tahun, beliau pulang semula ke Mesir dan dilantik sebagai Timb. Mudir di Maahad Tanta pada tahun 1960 M. pada tahun yang sama beliau dinaikkan pangkat menjadi Menteri Waqaf atau Wazir Auqaf sebagai Menteri Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976 M beliau bertugas di bawah Kementerian Hal Ehwal al-Azhar. Beliau juga seorang yang aktif menjadi anggota Majma’ Bu’uth Islamiah, Majma’ Syura al-Azhar, dan juga anggota Lughah Arabiah.
MAQAM AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A
MAQAM AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A

SYEIKH JADUL HAQ ALI JADUL HAQ R.A
Beliau dilahirkan di sebuah kawasan disebut sebagai Batruh di Muhafazah Daqahliah pada tahun 1917 M. sejak kecil lagi telah menghafal al-Quran. Pendidikan awal di Maahad Ahmadi di Tonto dan beliau mempelajari Mazhab Hanafi. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di kuliah syariah dan mendapat sijil Alamiah atau phd pada tahun 1943.
Kemudian beliau membuat takhassus dalam bidang kehakiman syarie dan mendapat ijazah pada tahun 1945 M. kemudiannya beliau menjawat jawatan pegawai di mahkamah syariah.  Seterusnya menjadi penasihat bagi mahkamah2 syariah. Seterusnya dilantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1978 M. kemudian menjadi salah seorang anggota di Majma’ Buhus Islamiah pada tahun 1980 M. dan pada tahun 1980 M, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar yang ke 42. Jasad beliau disemadikan di Talkha (3 km dari mansurah).

MAQAM SYEIKH JADUL HAQ ALI JADUL HAQ R.A

MUHAMMAD IBNU ABU BAKR
Terletak di sebuah perkampungan di pesisiran Sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Kedudukannya dari ibu negeri ad-Daqahliah lebih kurang 25 km. makam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak di bahagian bawa Masjid Muhammad bin Abu Bakar. Dilahirkan pada 5 Zulkaedah 10H, meninggal pada tahun ke 38H. beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sejak kecil mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri dan telah menghafaz al-Quran sejak usia masih kecil lagi. Berlaku khilaf tentang di mana terletaknya maqam beliau, samada di Madinah Munawwarah atau Mit Damsis.
Perjalanan hidup beliau mencatatkan Muhammad bin Abu Bakar dilantik menjadi Gabenor oleh Khalifah Ali bagi menggantikan Amru al-Asr. Beliau telah menjadikan Mansoura sebagai pusat pentadbiran beliau. Antara lain beliau juga seorang qadi yang sangat disegani dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat ramai dalam pelbagai masalah agama.
MAQAM MUHAMMAD IBNU ABU BAKR
MAQAM MUHAMMAD IBNU ABU BAKR

JAULAH MULIA 15
JEJAK MAQAM AULIYA MANSURAH 2015


Semoga Allah sudi memberi cebis2 barakah dan hikmah sepanjang permusafiran ini. Siiru ‘ala barakatillah.

Tuesday 6 October 2015

Cuti Habis ^^

Assalamualaikum :)

Lama dah rasa xmenyinggah kat blog ni. Berapa bulan kot xmenulis. Alhamdulillah selepas habis cuti di Malaysia 4 bulan, beraya dengan family, berbakti untuk family dan masyarakat sepanjang berada di Malaysia. Lepas ni kene  bina azam baru naik tahun last ni. Huhh, ni lah yang mencabar sikit ni. Cabaran tahun last di mesir. Mulut orang membicarakan mudah je tahun last, tapi yang berada di tahun last ni lah yang tahu bagaimana mujahadahnya.

Banyak yang kene serasikan kehidupan baru setelah pulang ke mesir semula dengan membawa tanggungjawab sebagai musyrifah rumah. Berhadapan dengan ahli beit baru, pelajaran baru, kesihatan yang baru hehe semuanya baru.

Terlalu banyak kenangan yang tinggal bersama family untuk jadi pembakar semangat sebelum meninggalkan Malaysia. Beraya last bersama family lah yang membuatkan hati sayu je. Yelah, lepas ni deorg raya tanpa kte. Hehe. Terima kasih ibu, ayah, kakyong, angah, abang, akak, amin, adik yang telah mengisi masa dengan ateh sepanjang cuti di Malaysia.


Pulang pula ke mesir, berhadapan dengan ahli beit wajah2 baru. Warga Salam kini sudah ceria. Warga salam tu apa? ada 2 buah rumah pelajar malaysia yang bertempat di SALAM MANSURAH, MESIR. Hehe. Satu tanggungjwab yang perlu digalas, untuk memegang hati2 mereka, membentuk mereka dan tunjuk ajar tentang kehidupan di sini. Alhamdulillah, sgt2 sporting. Hehe. Kini ku teruskan kehidupanku di sini sehingga habis pengajian di sini. Lemparkanlah sebanyak2 doa buat aku dan kawan2 ku di sini, moga dipermudahkan segala urusan menuntut ilmu. Moga NAJAH insyaAllah.

RAYA 2015

WARGA SALAM MESIR