"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Thursday 15 October 2015

Makanan Arab "MAHSYI"

Jom Kenali Makanan Arab!

Balik dari kelas semestinya perut berbunyi minta diisi. Alhamdulillah rezeki daripada Allah. Niat je nak makan, terus sampai ^^
MAHSYI” sejenis makanan, nasi yang dibalut dengan daun anggur. Tapi ada juga nasi dibalut dengan cili dan terung. Ni mungkin ikut kreativiti masing2 kot. Memang TERBAIKLAH!!!
Nasi yang dibalut dengan daun anggur yang berada di tengah2 seperti dalam gambar,
Sebelah kiri yang berwarna hijau adalah yang dibalut dengan cili dan sebelah kanan pula dibalut dengan terung.
Mama rumah (tuan rumah yang kami menginap) tidak putus2 turun ke rumah kami memberi pelbagai makanan dari air tangannya.
“AWATIF!!”
“HUDA!!”

Inilah nama ‘musyrifah rumah’ yang acap kali dipanggil mama untuk menghulurkan makanan yang mama buat sendiri.
MAHSYI

Wednesday 14 October 2015

MAQAM SEKITAR MANSURAH MESIR

Alhamdulillah, pada tarikh 9 oktober yang lalu berkesempatan menziarahi maqam2 dan tempat bersejarah yang biasa dilawati para pelancong terutamanya pelajar Malaysia di Mansurah Mesir.
Banyak maqam tokoh2 wali dan ulama’ ilmuan terulung Mesir dan juga pusat perkembangan ilmu boleh diziarahi di Mansurah. Antara maqam dan pusat perkembangan ilmu as-Syeikh Mutawalli as-Sya’rawi r.a ulama’ terulung di Mansurah, maqam dan pusat sebaran ilmu as-Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq r.a Syeikhul Akbar al-Azhar, maqam Muhammad Ibnu Abu Bakr anak kepada sahabat Nabi SAW Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan maqam Abdullah Ibnu Salam sahabat Nabi SAW yang menjadi perutusannya ke Mesir.
Antara maqam yang kami sempat ziarah,

AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A
Berlian yang dikagumi dan kematian yang ditangisi. Beliau turut digelar sebagai “lampu kebenaran”. Beliau yang dilahirkan pada 9 April 1911 di Kampung Mit Ghamr Daqhiliah Duqdos dan meninggal dunia pada usia 87 tahun. Beliau dikebumikan di Kampungnya Duqdos.
Sejarah perjalanan kehidupannya mencatatkan beliau pernah mengajar di Maahad Dini Tanta, Maahad Iskandariah, Maahad Zaqzig dan akhirnya dipanggil oleh kerajaan Saudi pada tahun  1950 M untuk mengajar di Universiti al-Malik Abdul Aziz. Selepas tempoh 10 tahun, beliau pulang semula ke Mesir dan dilantik sebagai Timb. Mudir di Maahad Tanta pada tahun 1960 M. pada tahun yang sama beliau dinaikkan pangkat menjadi Menteri Waqaf atau Wazir Auqaf sebagai Menteri Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976 M beliau bertugas di bawah Kementerian Hal Ehwal al-Azhar. Beliau juga seorang yang aktif menjadi anggota Majma’ Bu’uth Islamiah, Majma’ Syura al-Azhar, dan juga anggota Lughah Arabiah.
MAQAM AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A
MAQAM AS-SYEIKH MUTAWALLI AS-SYA’RAWI R.A

SYEIKH JADUL HAQ ALI JADUL HAQ R.A
Beliau dilahirkan di sebuah kawasan disebut sebagai Batruh di Muhafazah Daqahliah pada tahun 1917 M. sejak kecil lagi telah menghafal al-Quran. Pendidikan awal di Maahad Ahmadi di Tonto dan beliau mempelajari Mazhab Hanafi. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di kuliah syariah dan mendapat sijil Alamiah atau phd pada tahun 1943.
Kemudian beliau membuat takhassus dalam bidang kehakiman syarie dan mendapat ijazah pada tahun 1945 M. kemudiannya beliau menjawat jawatan pegawai di mahkamah syariah.  Seterusnya menjadi penasihat bagi mahkamah2 syariah. Seterusnya dilantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1978 M. kemudian menjadi salah seorang anggota di Majma’ Buhus Islamiah pada tahun 1980 M. dan pada tahun 1980 M, beliau dilantik menjadi Syeikhul Azhar yang ke 42. Jasad beliau disemadikan di Talkha (3 km dari mansurah).

MAQAM SYEIKH JADUL HAQ ALI JADUL HAQ R.A

MUHAMMAD IBNU ABU BAKR
Terletak di sebuah perkampungan di pesisiran Sungai Nil yang bernama Mit Damsis. Penempatan ini terletak dalam kawasan Aga. Kedudukannya dari ibu negeri ad-Daqahliah lebih kurang 25 km. makam ini baru sahaja ditemui pada tahun 1950, terletak di bahagian bawa Masjid Muhammad bin Abu Bakar. Dilahirkan pada 5 Zulkaedah 10H, meninggal pada tahun ke 38H. beliau merupakan anak kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq. Beliau sejak kecil mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri dan telah menghafaz al-Quran sejak usia masih kecil lagi. Berlaku khilaf tentang di mana terletaknya maqam beliau, samada di Madinah Munawwarah atau Mit Damsis.
Perjalanan hidup beliau mencatatkan Muhammad bin Abu Bakar dilantik menjadi Gabenor oleh Khalifah Ali bagi menggantikan Amru al-Asr. Beliau telah menjadikan Mansoura sebagai pusat pentadbiran beliau. Antara lain beliau juga seorang qadi yang sangat disegani dan menjadi tempat rujukan kepada masyarakat ramai dalam pelbagai masalah agama.
MAQAM MUHAMMAD IBNU ABU BAKR
MAQAM MUHAMMAD IBNU ABU BAKR

JAULAH MULIA 15
JEJAK MAQAM AULIYA MANSURAH 2015


Semoga Allah sudi memberi cebis2 barakah dan hikmah sepanjang permusafiran ini. Siiru ‘ala barakatillah.

Tuesday 6 October 2015

Cuti Habis ^^

Assalamualaikum :)

Lama dah rasa xmenyinggah kat blog ni. Berapa bulan kot xmenulis. Alhamdulillah selepas habis cuti di Malaysia 4 bulan, beraya dengan family, berbakti untuk family dan masyarakat sepanjang berada di Malaysia. Lepas ni kene  bina azam baru naik tahun last ni. Huhh, ni lah yang mencabar sikit ni. Cabaran tahun last di mesir. Mulut orang membicarakan mudah je tahun last, tapi yang berada di tahun last ni lah yang tahu bagaimana mujahadahnya.

Banyak yang kene serasikan kehidupan baru setelah pulang ke mesir semula dengan membawa tanggungjawab sebagai musyrifah rumah. Berhadapan dengan ahli beit baru, pelajaran baru, kesihatan yang baru hehe semuanya baru.

Terlalu banyak kenangan yang tinggal bersama family untuk jadi pembakar semangat sebelum meninggalkan Malaysia. Beraya last bersama family lah yang membuatkan hati sayu je. Yelah, lepas ni deorg raya tanpa kte. Hehe. Terima kasih ibu, ayah, kakyong, angah, abang, akak, amin, adik yang telah mengisi masa dengan ateh sepanjang cuti di Malaysia.


Pulang pula ke mesir, berhadapan dengan ahli beit wajah2 baru. Warga Salam kini sudah ceria. Warga salam tu apa? ada 2 buah rumah pelajar malaysia yang bertempat di SALAM MANSURAH, MESIR. Hehe. Satu tanggungjwab yang perlu digalas, untuk memegang hati2 mereka, membentuk mereka dan tunjuk ajar tentang kehidupan di sini. Alhamdulillah, sgt2 sporting. Hehe. Kini ku teruskan kehidupanku di sini sehingga habis pengajian di sini. Lemparkanlah sebanyak2 doa buat aku dan kawan2 ku di sini, moga dipermudahkan segala urusan menuntut ilmu. Moga NAJAH insyaAllah.

RAYA 2015

WARGA SALAM MESIR

Thursday 4 June 2015

Cerpen: Cinta Sufiah

SATU
Benarkah apa yang aku lihat? Itu sepatutnya persoalan pertama yang perlu aku tanya sewaktu terpandang Sofia. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki sambil tersenyum ke arahku menghulurkan tangan mesra. Aku berjabat dalam keraguan yang tidak betah diusir.

Sofia tersenyum padaku. Aku tenggelam dalam tanda tanya. Kemudian dengan kudrat yang ada aku berusaha untuk bersuara. Namun kata-kata yang ingin kulafazkan seperti terlekat di kerongkong cuma.

Sofia merapat pada lelaki itu. Aku dijentik cemburu. Namun apa dayaku untuk melarang darinya berbuat demikian. Di mana hak aku kala itu. Cepat-cepat prasangka jahat kubunuh mengganti dzan yang baik supaya akal warasku bisa mentakwil setidak-tidaknya lelaki itu suaminya.

"Ini suami saya." Ujar Sofia memperkenalkan kepadaku lelaki di sebelahnya seraya mengusik rasa terperanjat dalam diriku yang akhirnya kusorok jauh-jauh. Aku hanya mampu tersenyum tawar.

"Syah." Ujarku ringkas memperkenal diri lantas meleraikan tangan yang sedang berjabatan.
"Hassan." Pintas suami Sofia. Dia seorang lelaki yang mesra mengenakan kopiah putih dan menyimpan janggut menampakkan wara' lantaran membudayakan sunnah junjungan mulia. Berbeza dengan penambilanku yang selesa berjeans dan mengenakan baju kasual yang leweh dan selekeh sesuai pula dengan diriku yang tidak pandai bergaya dan beridentiti seorang seniman. Lantas menatijahkan aku tiada ketokohan untuk mendampingi wanita seperti Sofia saat itu.

"Kau dah banyak berubah Sofia." Ujarku dengan nada sinis.
"Sufiah! Bukan lagi Sofia." Ujarnya membetulkan.
"Aku lebih mesra dengan nama lamamu, Sofia." Dia hanya membisu.

Masa telah mengubah segalanya. Sofia yang berada di depanku kini sudah jauh berubah. Dari seorang gadis genit lincah metah kepada seorang wanita yang akrab dengan perintah agama Islam. Sofia bertudung litup, mengenakan jubah dan tidak bermekap tebal. Namun keayuannya tidak mampu disembunyikan. Jelas seperti dahulu juga. Seperti lima tahun sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

"Masih ingat lagi Syah pada saya?" Soal Sofia meneruskan perbualan setelah kami mengambil tempat di dalam sebuah restoran eksklusif di ibu kota itu.
"Masakan tidak!" Ulasku sambil tersenyum pahit.
"Rasanya bagai baru semalam kita berpisah." Sofia mencipta provokasi.
"Bagaimana harus saya lupa pada wajah yang pernah mengusik cinta suatu waktu dulu." Ucapku di dalam hati cuma.

Nostalgia semalam tika kehangatan cintaku bertautan tangan dengan Sofia sambil bermadu kasih di tepian laut Andaman bagai menerpa di ruang mata. Ia tersingkap persis sebuah tayangan yang tersusun bersama plot-plot rakaman memori itu. Seperti sebuah drama. Dan aku masih ingat bagaimana cinta itu akhirnya bersemadi dengan rendaman air mata insan bernama Sofia itu.

"Itukah keputusan muktamad Sofia?" Soalku.
"Ya. Sofia rasa Sofia dah pilih yang terbaik untuk diri Sofia."
"Terbaik? Kalau terbaik mengapa perlu korbankan cinta kita?"
Sofia gugup mendengar pertikaianku.

Sofia membisu. Aku kelu. Tiada bicara yang mampu mengisi ruang itu sehingga bayu laut Andaman menyapa muka. Lembut dan hening.

"Kenapa Syah hendak sangat Sofia peluk Islam?"
"Demi cinta kita Sofia. Syah amat berharap Sofia sudi memeluk Islam supaya cinta kita boleh ditautkan dengan ikatan perkahwinan yang sah."
"Mengapa tidak Syah saja yang buktikan kesetian?"
"Maksud Sofia?"
Soalku ragu.
"Ikut anutan Sofia."
"Budha?"


Sofia tersenyum sedang aku dihambat gelisah kemudian menggeleng perlahan demi menidakkan cadangannya itu. Serentak itu air muka Sofia berubah.

Aku menyaksikan tubir matanya tidak bisa lagi menahan linangan air mata yang akhirnya mengalir lesu. Aku bersimpati. Namun simpati itu hanya sekadar lakonan sedang aku perlu lebih simpati pada diriku sendiri untuk teguh dengan keimanan yang nipis memelihara agamaku.

"Memang Syah cintakan Sofia. Tapi Syah tak sanggup untuk gadaikan agama demi hanya untuk memiliki Sofia. Kita punya prinsip Sofia. Prinsip itu bukan untuk digadai demi untuk mengaut sesuatu yang tidak bernilai." Aku bersuara dengan nada yang lunak supaya bisa difahami gadis itu.

"Maksud Syah Sofia ni tiada nilai di sisi Syah? Cinta kita tiada nilai? Begitu?" Bentak Sofia meningkah.

"Bukan begitu Sofia."
"Habis? Bagaimana?"


Aku terkasima. Tiada hujah yang mampu aku huraikan demi untuk menyatakan untuk murtad dari agama Islam hanya kerana sebuah cinta dan seorang gadis aku tidak mampu lakukan perkara itu. Bodoh. Malah aku tidak berselera. Walaupun pengetahuan agamaku cetek dan tidak sehebat mana.

"Jadi maksud Syah kita memang tidak sepadan. Cinta kita tiada nilai. Kita harus berpisah!" Sofia membuat kesimpulan sendiri.

Aku terdiam. Kelat. Hati terus dirundung keliru untuk menyatakan pendirian meski ia telah terpahat kukuh. Aku tidak perlu kalah dengan gadis ini. Rayuan Sofia memerangkapkan aku. Namun prinsip tetap prinsip. Tapi... Bagaimana harus kupujuk gadis ini sedang aku sendiri cetek pengetahuan tentang Islam. Cuma apa yang aku tahu untuk berkahwin dengan gadis bukan Islam seperti Sofia, dia wajib memeluk Islam.

Sofia jadi tidak keruan. Dengan linangan air mata dia berlari meninggalkan aku sendirian di pantai itu. Bayu Andaman terus menyapa tubuh. Nyaman mengigit-gigit. Aku kelu dalam keliru.

Beberapa bulan selepas kejadian itu aku mendapat khabar Sofia telah berangkat ke Kota Madrid mengikut saudaranya. Aku membuat kesimpulan cinta antara aku dan Sofia telah berkubur, walaupun nisannya tidak pernah wujud. Meski aku bukan seorang yang alim beragama, namun untuk menggadai prinsip demi cinta aku tidak sanggup. Keputusan itulah yang membuatkan aku ditinggalkan Sofia.

Kadang kala aku diusik rasa bersalah. Namun usikan itu cuma sekadar sebuah citra yang akhirnya kubunuh dari bertamu di garisan hayat.

"Lima tahun bukanlah suatu jangka waktu yang lama." Pintasku setelah agak lama menyepi.
"Tapi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh seperti itu Syah." Ujar Sofia sambil membuang pandangan ke panorama luar restoran.

Hassan masih ralit dengan akhbar di tangannya tanpa menyampuk perbualan antara kami.

"Maksud kau?" Soalku.
"Lagikan pantai berubah walau sekali air bah, inikan pula manusia seperti kita." Sofia berkias denganku. Bahasanya meruntun tirai egoku.
"Tapi aku masih seperti dulu juga. Seperti lima tahun dulu..." Jelasku kelat.

Aku tahu dengan penjelasanku itu aku mempelawa untuk dihina. Namun apalah yang mampu aku sembunyikan. Jelas terpapang bagaimana keadaan diriku yang seperti dulu juga. Selekeh. Meskipun aku sendiri tahu hidup tanpa perubahan kepada yang lebih baik adalah suatu kehinaan.

"Sekurang-kurangnya kita perlu berubah Syah!" Aku hanya tunduk membisu mendengar kata-kata Sofia itu. Ia bagai mengherdik dan menghina diriku.

Lima tahun terpisah dengan Sofia aku menghabiskan pengajian dalam bidang seni lukisan di salah sebuah institut dalam negara sedang Sofia terbang ke negara Andalus. Di sana dia beroleh hidayah setelah berkenalan dengan Hassan di Kota Cordova.

Hassan seorang siswazah lepasan pengajian Islam di Timur Tengah yang sedang dalam safar di Kota Cordova menjejak athar tamadun islam yang pernah subur di sana. Kota yang pernah merakamkan kegemilangan Islam suatu waktu dulu itu kini hanya meninggalkan memori pada lembaran kitab tarikh. Kisah bagaimana kegemilangan Islam itu terakam di dalam lembaran sejarah umat Islam. Melalui Hassan akhirnya Sofia menjadi berminat dan mulai ghairah dengan Islam. Dia akhirnya memeluk Islam dan berkahwin dengan Hassan.

Mengapa aku tidak seperti Hassan yang berjaya membimbing Sofia ke arah hidayah Ilahi? Aku sendiri gugup untuk menjawab persoalan itu. Biarlah ianya menyepi.

Aspania @ Andalus @ Sepanyol bukan sahaja sebuah negara yang pernah menjadi kerajaan Islam malah juga antara salah sebuah kilang pengeluar tokoh keilmuan dan ulamak muktabar ketika kegemilangan pemerintahan Islam suatu ketika dulu. Tetapi semua itu telah berakhir semenjak kejatuhan pemerintahan Islam dan umat Islam diusir keluar dari bumi Andalus itu. Kini hanya lebih akrab dengan nama Sepanyol.

"Tentu Syah masih ingat bukan?"
"Ingat? Ingat apa?"

"Prinsip. Saya kagum dengan prinsip itu yang tidak mahu menggadaikan agama hanya semata-mata kerana cinta kepada seorang gadis Budha seperti saya. Syah masih ingat bukan? Lima tahun dulu di tepian laut Andaman? Adakah prinsip itu masih begitu? " Soal Sofia menduga.

Sofia bersuara lagi. "Sejak perpisahan itu saya mula belajar tentang Islam. Patutlah awak tak mahu gadaikan prinsip beragama dulu. Rupa-rupanya Islam itu agama yang indah. Baru kini saya sedar. Betapa indahnya Islam."

Aku terasa seperti seketul batu besar menghempapku berkali-kali. Nafasku cungap. Lidahku kelu. Tiada kalimah yang wajar untuk kulafazkan saat itu.

Lima tahun berpisah Sofia belajar tentang Islam. Dia akhirnya memeluk Islam dan memperelokkan Islamnya. Tapi aku? Lima tahun gundah kerana cinta yang tidak kesampaian. Dan lima tahun itu jugalah aku membuang keresahan di kanvas bertemankan warna-warni. Duniaku hanya tahu melukis dan lukisan-lukisan itu aku abadikan kedamaian. Aku sesat dalam belantara cinta yang kucipta sendiri.

Pertemuan dengan Sofia hari itu berakhir tanpa aku dapat rakamkan bagaimana kesudahannya yang sebenar. Aku dilambung rasa sesak dan senak.


DUA
Dalam sujud yang panjang itu aku berdoa supaya Allah menemukan aku dengan seorang wanita solehah untuk dijadikan teman hidup. Cintaku di zaman kejahilan dulu segera kuusir jauh. Biar ia menjauh dan tindak lagi bertamu di ruang ingatanku.

Aku semakin memahami Islam hasil usahaku mendekati seorang pendakwah. Barulah aku sedar. Benarlah seperti kata Sofia. Islam itu agama yang indah. Menganutnya merasai kedamaian. Keesaan Allah itu adalah hakiki. Keimanan itu melahirkan ketaqwaan. Bunganya adalah ad-deen. Putiknya akidah, bajanya syariah dan hiasannya akhlak. Islam terlalu agung.

Aku telah memilih jalan itu. Namun hobiku dan kecenderunganku tidak pula terabai. Aku masih terus dengan bakat seni melukis. Aku sering beroleh keinsafan seringkali melukis keindahan alam. Di situlah aku mula belajar bahawa alam yang indah ini punya pencipta yang Maha Agung. Ubudiahku kepada Khaliq semakin kuat dan jitu.

Dari sehari ke sehari aku semakin memahami. Aku hidup lapang.

TIGA

Hampir setahun berlalu. Semalam sewaktu sedang makan tengahari di sebuah gerai aku disapa Sofia.

"Ah! Sofia, mana suami kau, Hassan?"

Sofia hanya diam sambil mengukir senyum. Kelat. Dalam pertemuan singkat itu Sofia memberitahuku suaminya Hassan telah kembali ke Rahmatullah kerana mengidap sejenis barah. Aku terkedu. Simpatiku mengusik.

Rasanya baru semalam aku, Sofia dan Hassan berbual-bual. Namun hari ini semua itu telah berlalu. Yang tinggal hanyalah secebis nostalgia.

Hari ini aku masih berfikir. Wajarkah aku memetik kembali bunga yang pernah bertamu di laman hidupku dulu? Aku keliru. selepas beristikharah aku temui jawapan.

Aku yakin kali ini. Sesungguhnya pertemuan itu ada perpisahan. Dan sekarang aku kembali bertemu setelah berpisah. Tentu kau pernah diceritakan dengan kisah cinta Zulaika dan Nabi Yusuf bukan? Kau masih ingat? cinta Zulaika itu bertaut jua akhirnya. Aku yakin pada cinta yang suci. Aku tidak mahu lagi kehilangan cinta itu. Kerana itu cintaku patut bersemadi bersama cinta Sufiah. Cinta Sufiah itu cinta suciku. Kau percaya bukan?

Sebuah Cerpen Akhi Masrawi|Tanta, Egypt.




Wednesday 3 June 2015

Tak Sudi Ke?


“Maka tidakkah mereka menghayati Al-Quran , ataukah hati mereka sudah terkunci?”
(Surah Muhammad:24)


Eh ehhh, dia online lah.

*Tulis mesej*

Mesej whatsapp send.

TAPI,

2 jam… 4 jam…

Tak read pun!
Dia online je!

Esok, lusa.... dan hari seterusnya...

Tetap sama…

Hantar lagi mesej.

*Tulis mesej*

“Tak sudi ke baca mesej saya?”

Tak ada jawapan...


Resah kan???
Pilu kan???
Terselit kecewa???

Jadi, begitulah ALLAH rasa.

Kita selalu online (hidup), gadjet kita hidup memproses (hati), Allah send mesej (Al-Quran).
Ya dapat send (kita nampak mesej sekerat sahaja).

Tapi kita tak baca!
Tapi kita tak pandang!

Tak ke sedih gitu???

Sahabat2,

Tu baru berjam dan berhari atau mungkin bertahunlah dia tak balas.
Sekarang ni kita dah hidup berapa tahun? Misalnya aku dah 23 tahun.
Bayangkan 23 tahun TAK BALAS MESEJ!

Fed up kan?

Tapi Allah tak. Allah tunggu.

Masa tunggu ‘your beloved’ 3 jam nak dating pun dah berasap bergaduh sampai putus.
Ini 23 tahun buat Allah tunggu? Tak ada perasaan ke? Nampak tak kezaliman kita disitu?
Segala benda dipinjam dari DIA (Allah). Tak cukup pinjam, minta lagi lebih. Mana terima kasih kita?

Tahu tak kenapa Allah tunggu???
Tahu tak kenapa Allah sabar???

Sebab DIA tu Maha Sabar. Cinta pada hamba-hambaNya. Kasihkan hamba-hambaNya yang sangat fe’el (perbuatan).

Bila bercakap tentang “membaca Al-Quran”, perlukan kemahuan, penghayatan yang hidup dan focus.

Duhai sahabat,
Ayat yang pendek, tapi sangat menyentuh jiwa. Tiba-tiba aku merasakan Allah berkata,

~ ”Duhai hambaKu, tak sudi ke membaca mesejku?”
~ “Duhai hambaKu, balaslah mesejku dengan mata hatimu, telinga hatimu dan hatimu yang hidup.”
~ “Duhai hambaKu, Aku ini ALLAH, cinta Agung. Cinta Abadi dalam hatimu. Adakah kamu sudah melupakan Aku?”

Wahai sahabat sekelian,

Tak rasa sebak ke?

Jangan jawab dengan mulut. Jawablah dengan hati. Bukan hati yang semata-mata namanya ‘HATI’. Tapi hati yang hidup.

Kalau hati mati???

Fikir2kanlah.

Sedikit renungan dan muhasabah buat kita semua.


Wallahua’lam.

Thursday 7 May 2015

Tenanglah "Bidadari" Di Sana

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
Assalamualaikum korang ^_^ rasa macam lama je tak berkunjung kat sini. Maklumlah. Masih musim exam. Lagi dua paper insyaAllah. Doakanlah ana dan rakan2 yang lain ye. Harap korang pun sihat lah ye. Amin insyaAllah. Moga setiap langkah kita di dunia ini, diberkati Allah. Ada satu cerita yang ana nak share ngan korang tentang seseorang. Seseorang yang sangat tertarik peribadinya untuk diikuti. Kehidupan bersama suami dan anak2 nya yang sangat ana tertarik. Kesolehahannya yang membuatkan diri rasa rendah diri. Dirinya yang terjaga, terpelihara rapi, hanya untuk suami. Allah. Sebak rasa menaip tentang si “dia”.

Sudah hampir 2 minggu tidak berkunjung ke facebooknya kerana focus untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. Tangan mula menaip nama Qurratu Ain. Tetiba terkejut melihat banyak ucapan takziah dalam timeline. Terfikir sejenak, kenapa ni??? Scroll scroll sampai ke bawah. Belum lagi habis membaca ramai yang mengucapkan takziah untuknya, air mata mengalir tanpa sedar. Tak sanggup untuk scroll sampai bawah. Allahuakbar. Akak. Sungguh hati sangat tersentuh. Seorang yang terkenal dengan peribadinya, kesolehahannya. Allahuakbar. Mulut tak berhenti mengucap kalimah ALLAH ALLAH ALLAH. Sungguh tak percaya. Hampir seminggu arwah telah pergi menghadap Illahi kerana terlibat dalam satu kemalangan. Walaupun hanya kenal di laman muka buku “facebook”, sangat terasa atas pemergian arwah yang digelar suaminya “BIDADARI”.

Hampir setiap hari melihat perkembangan arwah bersama suaminya serta puteri solehah dan putera soleh mereka di facebook. Mengambil motivasi tentang kehidupannya untuk dimanfaatkan dalam kehidupan kita, kehidupan seorang wanita muslimah untuk si suami, kewajipan kepada anak2, berkongsi resepi air tangannya yang diambil resepi dari ibunya, status2 yang banyak menginsafkan kita dengan dunia pinjaman ini, Allah. Bertambah2 terinspirasi membaca setiap post di timeline bidadari syurga ini. Tak dapat nak ditulis panjang lebar. Perkongsian arwah yang banyak menjentik jiwa seorang yang bergelar wanita. Saat kematiannya tiba, seorang suami yang mungkin bagi pandangan kita, rasa tak dapat nak hidup tanpanya dengan membesarkan putera puteri mereka sendirian, tapi sangkaan kita salah. Kuatnya seorang suami melepaskan dengan redha pemergian “bidadari”nya sehingga berulang kali mengucapkan kata “dia seorang isteri yang baik. Aku redha kepadanya. Aku redha kepadanya.” Allahuakbar. YaAllah, jadikan aku sepertinya.” Arwah sangat disenangi orang sekeliling walaupun hanya kenal di alam maya.

Ada diceritakan oleh ahli keluarga arwah, di dalam kemalangan tersebut, bukan hanya dia sahaja. Tetapi suami, anak2nya, serta ahli keluarga lain juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Tapi yang anehnya, ahli keluarga yang terlibat lain tak ada kecederaan walaupun patah. Tapi hanya arwah sahaja yang teruk. Allah lebih sayangkan arwah. Arwah juga merupakan bekas pelajar Darul Quran Jakim sama tempat ana belajar masa diploma dulu. Cuma arwah batch yang teratas dan tidak sempat kenal bersua muka. Mula ingin kenal dengannya, melihat pelbagai resepi dari facebooknya untuk dikongsikan pada sahabat2. Dari situ banyak melihat perkembangannya serta kehidupannya.

Satu coretan puisi buat si “bidadari” yang dikirimkan oleh sahabatnya di facebook,
Bila dunia dipandang sebagai singgahan,
Maka keikhlasan akan jelas kelihatan.
Bila akhlak dan budi pekerti menjadi panduan,
Maka manusia sekeliling akan senang menjadikan teman.
Bila tanggungjawab dijadikan keutamaan,
Maka segala kesusahan tidak rasa terbeban.
Bila diari kehidupan penuh dengan kesabaran,
Maka keindahannya di penghujung perjalanan…

Terlalu banyak kata2 terakhir buat arwah di facebooknya. Sungguh tak nafikan, ramai menyenangi arwah sepanjang dipinjamkan Allah di bumi ini. Istimewanya engkau wahai “bidadari”.
Satu coretan lagi dari seorang yang bergelar suami,
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Yang sangat taat padaku,
Menjaga makan minumku,
Menjaga pakaian dan penampilanku,
Agar aku tenang menyampaikan dakwahku…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Yang memberi senyuman disaat ku berpergian,
Yang menyambut kepulanganku dengan penuh kelembutan,
Menghulurkan senyuman ikhlas saat tersakiti,
Meminta maaf ketika khilaf,
Menyembunyi duka tatkala diuji…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Melahirkan zuriat yang sempurna buatku,
Susah payah menjaga dan mentarbiyah anak2ku,
Kaulah sebaik2 madrasah dan ibu…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Allah sebagai cinta AGUNGmu,
Rasul sebagai kekasih hatimu,
Dakwah menjadi keutamaanmu,
Tempatmu mulia disisi Mereka…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Ketika menjadi isteri, kau cuba menjadi yang terhebat,
Ketika bersahabat, kaulah sebaik2 sahabat,
Ketika diuji dengan manusia, kau tabah dan sabar,
Kerana ujian tanda ALLAH sayang…
Ku rindukan KETUA BIDADARIKU…
Tak terbayang bagaimana dapatku teruskan kehidupan tanpamu,
Namun aku berjanji akan mendidik anak2 kita 
menjadi Huffaz al-Quran seperti yang kau impi,
Tiada yang dapat menggantikan tempatmu di hati,
Senyuman, keayuan, kelembutan, keceriaan dan
kecerdikanmu menjadi memori terindah buat diri ini…
Daku bersyukur dihadiahkan seorang isteri 
yang solehah lagi mithali,
Qurratu Ainku, penyejuk mata penawar hatiku,
Dulu isteri, kini bidadari,
Sambut abang di pintu Syurga nanti,
Wahai KETUA BIDADARIKU…

Nama sebenar arwah Nurhamizah Binti Mohd Sharif yang hanya dikenali “Qurratu Ain” nama facebooknya. Ya! Qurratu Ain penyejuk mata buat semua. ~Ayuh contohi dia wahai muslimah~muslimah yang diredhai suaminya~ sampai saat yang dijanjikanNya untuk mu wahai “bidadari syurga”. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 111. Sesungguhnya “pemergian yang abadi ini” adalah pemergian yang menyedarkan jiwa2 untuk kembali mengingati MATI, setelah terleka dengan angan2 dunia yang panjang lagi hina ini.
Kata2 terakhir arwah tinggalkan untuk kita di timeline sebelum meninggalkan kita semua. Ambil dan masukkanlah ke dalam jiwa kalian…

Bismillah…
Dalam mengejar kebahagiaan di dunia, 
jangan lupa persiapan kita untuk 
kebahagiaan di akhirat kelak.
Bagaimana SOLAT kita?
Bagaimana PUASA kita?
Bagaimana ZAKAT kita?
Bagaimana dengan BACAAN AL-QURAN kita?
Bagaimana dengan AMALAN2 SUNAT kita?
Bagaimana hubungan kita dengan ALLAH 
dan hubungan sesame MANUSIA?
Dan pelbagai lagi persoalan2 
yang perlu kita persoalkan pada diri sendiri.
Supaya diri ini sentiasa ingat bahawa 
MATI itu PASTI.
Apabila tiba saat ajal datang menjemput, 
tiada terlambat walau sesaat.
Subhanallah…
Muhasabah untuk diriku…
Apabila terkenangkan kematian insan2 yang terlebih dahulu pergi ke alam barzakh menemui Pencipta…

Perbualan seseorang dengan suami arwah

Sungguh, Allah mengambilnya dikala sudah persiapkan diri

Mcj yang menyentuh hati

Arwah bersama suami dan putera puteri mereka

Moga tenang dikau disana

Wallahua’lam. Moga bermanfaat buat semua (‘’,)

Wednesday 29 April 2015

Cara Mandi Rasulullah S.A.W


Selamat malam sahabat semua. Jam Mesir menunjukkan 9.50 malam dan masa Malaysia 3.50 malam. Esok pula exam. Hehehe. Sempat lagi kan ada kat sini. Tak apa. Ni rehat sekejap nak hilangkan mengantuk. Japgi sambung study semula. Nak kongsi sikit apa yang terbaca tadi. Tentang mandian Rasulullah S.A.W. Bangun tidur pasti kita mandi kan. Jom baca di bawah ni sekejap.
Cara mandi pagi hari yang sesuai  yang diajar oleh Rasulullah SAW:
  1.  Bermula dari segayung siramkan ditelapak kaki.
  2. Segayung di betis.
  3. Segayung di peha.
  4. Segayung di perut.
  5. Segayung di bahu.
  6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Kita akan merasakan seperti wap/angina yang keluar dari ubun2 bahkan meremang, setelah itu lanjutkan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi??? Gelas akan retak!!!
Jika tubuh kita, apa yang retak???

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angina yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba2 kene “stroke”. Boleh jadi kita sering masuk angina kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migraine kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik untuk semua umur terutamanya yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, colestrol dan migrain/ sakit kepala sebelah.


Jom amalkan sunnah. Semoga bermanfaat (‘’,)