"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Wednesday 29 April 2015

Cara Mandi Rasulullah S.A.W


Selamat malam sahabat semua. Jam Mesir menunjukkan 9.50 malam dan masa Malaysia 3.50 malam. Esok pula exam. Hehehe. Sempat lagi kan ada kat sini. Tak apa. Ni rehat sekejap nak hilangkan mengantuk. Japgi sambung study semula. Nak kongsi sikit apa yang terbaca tadi. Tentang mandian Rasulullah S.A.W. Bangun tidur pasti kita mandi kan. Jom baca di bawah ni sekejap.
Cara mandi pagi hari yang sesuai  yang diajar oleh Rasulullah SAW:
  1.  Bermula dari segayung siramkan ditelapak kaki.
  2. Segayung di betis.
  3. Segayung di peha.
  4. Segayung di perut.
  5. Segayung di bahu.
  6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.

Kita akan merasakan seperti wap/angina yang keluar dari ubun2 bahkan meremang, setelah itu lanjutkan mandi seperti biasa.

Hikmahnya: seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi??? Gelas akan retak!!!
Jika tubuh kita, apa yang retak???

Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angina yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah. Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba2 kene “stroke”. Boleh jadi kita sering masuk angina kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migraine kerana cara mandi yang salah.
Cara mandi ini baik untuk semua umur terutamanya yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, colestrol dan migrain/ sakit kepala sebelah.


Jom amalkan sunnah. Semoga bermanfaat (‘’,)


Tuesday 28 April 2015

Resepi Sos Sdn Bhd


Hari ni ana nak kongsikan resepi sos buatan sendiri.. Hehehe jom follow.

~Sos SDN BHD~

Bahan2:
-Bawang putih
-Bawang merah
-Serbuk cili
-Gula
-Garam
-Tepung dibancuh air
-Minyak masak

Cara2:
  1. Mulakan dengan Bismillah.
  2. Tumis bahan yang dah diblend (bawang merah+bawang putih).
  3. Buh serbuk cili sebanyak mana yang mau dan gaulkan hingga sebati.
  4. Buh tepung yang dibancuh air. Buh lah takat pekat mana yang nak k dan gaul hingga betul2 sebati.
  5. Buh air sikit. Ni agak2 lah ye.
  6. Buh garam dan gula secukup rasa. Gula juga memerlukan lebih sikit dari masakan lain dan boleh lah edit2. Kalau nak pedas tambah serbuk cili. Kalau nak pekat tambah air dan tepung dibancuh air, kalau nak manis sikit tambah gula. Camtulah.
  7. Goreng cucur, ayam goreng, ubi celup tepung dan apa2 sahaja yang korang nak, cicah dan makan. Hehe.

*Peringatan!
Jangan lupa gaul dari mula masukkan bahan2 sehingga siap dan gaul hingga likat.

~Keistimewaan Sos Sdn Bhd~
  • Sesuai untuk yang berada di perantauan sebab biasanya sesiapa yang belajar luar ni terutama Mesir, tak dapat macam sos Malaysia. Ada sos tu tapi tak pedas langsung sebab orang sini tak makan pedas. Jadi tak perlu lagi borong sos banyak2 dari Malaysia dan jimat ruang beg untuk borong makanan lain yang susah dapat kat sini. Hehe.
  • Sesuai untuk para isteri yang berada di perantauan khususnya, jimat kos untuk sara keluarga, tak perlu lagi pergi cari kedai yang jual barang Malaysia, yang mahal dua kali ganda harga dari Malaysia. Berkat pun berkat buat sendiri dan semestinya memikat hati suami dan anak2 dengan air tangan sendiri. Hehe.
  • Sesuai untuk yang kemaruk pedas. Jimat haa. Kalau beli 1 botol sos biasa tu boleh kata seminggu habis. Mana tak nya, bukan mencicah, macam dah rendam dah cucur tu dengan sos.
  • Tak lupa juga untuk anda2 yang berada di Malaysia. Sekarang kan GST hehe. Boleh lah buat satu tin stok kat rumah. Jimat kos perbelanjaan barang dapur. Tak payah lagi beli sos cili dan sos tomato dalam satu rumah (ni khusus ayah ana lah ni. Maklumlah adik tak makan pedas kan).
  • Sesuai untuk semua baik tua, muda, lelaki, perempuan, kanak2 dan semua peringkat umur.
  • Dijamin halal, jimat, mudah dan sedap hingga menjilat jari. Nyam nyam. Selamat mencuba (‘’,)


siap ('',)

Nasi Lemak Simple


Salam satu Malaysia. Hehehe. Apa khabar kalian di Malaysia dan di mana2 sahajalah yang korang berada sekarang. Moga sihat hendakNya. Hari ni korang sarapan apa? Hari ni ana sarapan nasi lemak mimpi jadi kenyataan. Haha mesti pelik kan dengar. Sebelum nak share resepi nasi lemak simple kat korang ni, nak cter dulu kenapa nasi lemak mimpi jadi kenyataan. Hari ni bangun pagi mengejut. Ayat pertama yang keluar dari mulut, “Acik, sedapnya nasi lemak.” Tetiba dia ternganga, “Ehhh, angah ni dah kenapa?? Tetiba bangun minta nasi lemak.” Mana tak merapunya. Bangun tido orang siap2 nak solat. Ni mintak nasi lemak. “Acik, ingatkan angah makan nasi lemak betul2 tadi.” Hampa mimpi tak jadi kenyataan rupenye. Selesai solat subuh, suasana masih sunyi, terus masuk dapur geledah cari barang nak buat nasi lemak. Sini lepas subuh pun sunyi lagi, gelap lagi kat luar macam malam. Cari punya cari, ada lah yang tak cukup. Tapi buat jugak. Alhamdulillah mimpi jadi kenyataan. Hehehe. Allah makbulkan juga apa yang diingini. Nasib tak kempunan yang bukan2. Sebab tu terhasilnya nasi lemak ni. Jom buat nasi lemak semudah mungkin. Tak payah susah2 nak gi beli kat kedai. ni resepi Nasi Lemak Simple (‘’,)

Bahan nasi:
-Beras
-Santan
-Bawang (hiris nipis)
-Halia (hiris nipis)
-Garam

Bahan sambal:
-Minyak untuk menumis
-Cili kering yang direbus (blender)
-Bawang merah (diblender)
-Bawang putih (ditumbuk)
-Air asam jawa
-Serbuk lada
-Gula
-Garam

Cara nasi:
  1. Basuh beras dan isi air macam nak masak nasi biasa.
  2. Campurkan santan, bawang yang dihiris, halia yang dihiris dan garam. Sedap lagi tambah daun pandan. Tapi kat mesir ni tak ada pandan.
Cara sambal:
  1. Panaskan minyak. Minyak ana buh banyak sikit sebab sedap sikit kalau lebih minyak.
  2. Tumis bawang putih yang ditumbuk.
  3. Masukkan bahan yang diblender (cili kering+bawang merah).
  4. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan air asam jawa.
  6. Biarkan sekejap. Kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng.
  7. Masukkan gula dan garam.
  8. Rasa dah puas hati, tutup api. Siap dihidangkan bersama ikan bilis, timun, telur.
*Untuk bahan yang dah diblender ni ada petua dari ibu. Tambahkan minyak sikit supaya lumat sikit biji cili tu. Tapi ana tak buat yang ni. Ana guna cara kakak ana ajar, sebelum rebus, gunting tengah untuk kurangkan biji cili. Tak elok kalau biji cili terlebih pulak. Jadi buatlah mana korang suka.

*Ohh lupa. Kan ana ada cakap serbuk cili tadi. Serbuk cili tu tak perlu pun tak apa. Ana campur serbuk cili sebab cili kering kat Mesir ni tak merah. Jadi nak bagi warna merah tu ada.

Dah pun siap. Hehehe. Mudah kan. Ok. Selamat menjamu selera (‘’,)

Monday 27 April 2015

Susutkan Berat Badan Dengan Bahan Semulajadi



Assalamualaikum korang. Tadi dok baca mcj dalam salah satu group wassup, scroll dok scroll terjumpa satu benda yang menarik baik lelaki dan perempuan. Hehe ni pasal petua, mustahil ada yang pandang remeh. Kita lihat orang sekarang kurang menggunakan bahan2 semulajadi untuk kecantikan terutamanya. Betul x? ni apa yang ana nampak lah. Tambah lagi di laman social banyak dah keluar produk2 baru. Antaranya Shaklee, macam2 set ada. Set kurus, set kulit, set bersalin, banyak lagi lah. Memang menarik jugak lah bila kita tengok. Tambah lagi tentang kecantikan kan. Semua orang memang pandang series soal kecantikan. Tak nafikan ana pun pernah guna Shaklee jugak. Haha. Apa lagi produk? Haa! Herbalife. Ni biasa set turunkan berat badan. Pun pernah juga merasa sekali guna herbalife ni. Tapi bukan set turunkan berat badan. Ni nak tambahkan berat badan. Lagi apa? Banyak lagilah kalau nak sebut dan semua tau kan jenama2 produk yang keluar di laman social terutamanya di facebook. Panjang pulak cakap. Ok kali ni ana nak kongsikan pasal berat badan. Kekadang ada juga rasa malu nak berhadapan dengan orang pasal berat badan kan. Buat apa nak mengeluarkan duit banyak untuk bergantung pada produk2 yang ada. Hanya menggunakan bahan yang mudah dapat, serta jimat duit lagi2 sekarang ni GST. Tiga bahan je ok. Meh sini.

CARA SUSUTKAN BERAT BADAN.
Langkah pertama.
Makan epal hijau atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah2 otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus).
Ingat! Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah kedua.
Selesai di atas, makanlah pula buah lemon atau minum jusnya satu biji sebelum sarapan ATAU satu biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang.
Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu. In sya Allah.

*Dan ini ana kongsikan sekali petua menguatkan lutut.

CARA KUATKAN LUTUT.
Racik kacang lender (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan. In sya Allah.
Kita berusaha, insyaAllah moga berjaya. Hehe. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Lagi bersih, jimat dan sihat.

(Perkongsian dari seorang tenaga pengajar bidang Sains Pemakanan)
Moga bermanfaat buat semua (‘’,)



Kisah Keajaiban Telaga Zam-zam


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum korang ^_^

musim exam ni macam penat asyik study je kan. Meh nak share satu benda yang mungkin korang pun terkejut dan perasaan x sangka tu akan muncul. Entry kali ni ana nak kongsikan kisah yang sangat teruja sekali dengan keajaiban Allah. MasyaAllah, tak pernah terfikir dek akal yang kecik ni. Hehe jom baca.

KISAH KEISTIMEWAAN TELAGA ZAM2.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam2 boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Subhanallah…
Seorang pengkaji diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam2 bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa juta liter zam2? Berapa banyak air zam2 yang diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang. Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Semua Jemaah diberi 5 liter air zam2 ketika pulang ke tanah airnya. Jika 2 juta orang membawa masing2 5 liter air zam2 ke Negaranya, ini sahaja menjadi 10 juta liter.

Di samping itu, sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya Jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam2.

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam2 tidak sihat untuk diminum. Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, air zam2 itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama2 air hujan dan keluar dari telaga air zam2. MasyaAllah.

Berita ini sampai ketelinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam2 ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah mendapat tugas menyelidikinya. Pada masa memulakan tugasnya, Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam2 boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut melihat bahawa “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (kira2 5 x 4 meter). Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali  musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS. Penyelidikannya menunjukkan bahawa mata air zam2 boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun. Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun naiknya permukaan air secara tiba2. Tetapi dugaannya meleset. Beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba2 mengangkat kedua tangannya sambil berteriak, “Alhamdulillah. Saya temuinya! Pasir halus menari2 di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga.” Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. Aliran air yang keluar besarnya sama disetiap titik di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman.
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam2 mengandungi zat fluoride yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air zam2 dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua2 mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam2, mungkin sebab itulah air zam2 dapat menyegarkan bagi Jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua Jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh menyembuhkan penyakit Nabi S.A.W menjelaskan: “Sesungguhnya air zam2 ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi.

Nabi S.A.W menambahkan: “Air zam2 bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah akan mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail.” (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah S.A.W pernah mengambil air zam2 dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air zam2 itu digunakan Rasulullah S.A.W untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Berikut beberapa gambar punca mata air zam2:
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di Laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zam2 memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga2 yang ada di sekitar Mekah.

- Kadar kalsium dan magnesiumnya lebih tinggi disbanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
- Air zam2 juga mengandungi zat fluoride yang berkhasiat memusnahkan kuman2 yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air zam2 sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
- Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam2 tetap berair. Dan air zam2 memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa Ulama Fiqah mencadangkan agar Jemaah haji membawa air zam2 ketika pulang ke Negaranya kerana air zam2 boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti Jemaah lain dari Negara umat Islam mahupun Negara lain yang pernah merasakkan keajaiban air zam2.


Subhanallah, tinggi sungguh keajaiban dari Pencipta kita kan. Kisah ini diambil dari facebook, yang juga mesti kita perlu tahu tentang ini. Allahuakbar Allah Maha Besar. Moga manfaat buat korang k (‘’,)


Friday 24 April 2015

Imtihan Kembali Lagi!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Perkongsian dari seorang junior di Mesir| Nur Aqilah bt Zakaria

Hish… ‘tension’ la…” teriak seorang ahli beit dari bilik sebelah. Lalu ku buru suara itu dan mendapatinya. “kenapa ni kak long? Kak long ada masalah ke?” tanyaku dengan nada sederhana. Moga-moga dia tertarik padaku.
Nak dekat imtihan ni, selalu sangat sakit kepala. Banyak dah study tapi tak masuk…” Kak long mengadu mengharapkan perhatian.
Setiap manusia perlukan perhatian untuk berkongsi perasaan kasih sayang. Setiap manusia juga perlukan kekuatan untuk saling bergantung harap. Saat-saat imtihan inilah ramai diantara kita yang terlepas pandang hubungan antara ahli beit, adik beradik usrah dan sahabat-sahabat yang dikatakan sahabat seperjuangan. Sedar atau tidak, mereka punyai masalah cukup besar yang sudah lama membungkam. Sebagai sahabat prihatin, teruskanlah mendekatinya dan bertanyakan khabar agar masalah itu tidak dipendam sehunggakan boleh memakan dirinya sendiri.

Apakah langkah terbaik untuk persediaan imtihan?
Wahai teman-teman seperjuangan, langkah utama bagi persediaan sebelum imtihan adalah dari sudut pengurusan masa. Seorang pelajar mesti mengetahui bilakah tarikh peperiksaan yang akan dihadapinya? Hari apakah yang akan dihadirinya? Madah apakah hari tersebut untuk dibuat persediaan? Semua inilah yang akan menentukan berapa kalikah kita akan ulangkaji. Berapa jamkah kita perlu fokus? Dan kita juga boleh lihat sendiri berapa banyak usaha persediaan kita untuk menempuh imtihan. Mudahkan kalau dibandingkan dengan situasi di atas. Sangat mudah juga sekiranya kita sendiri yang mengaturnya dengan membuat jadual belajar, nota kecil dan buku nota sendiri sebelum imtihan. Sekurang-kurangnya berkuranglah tension kita.

Badan yang kurang sihat juga semestinya diambil berat. Akibat pemakanan yang kurang seimbang telah memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Lantas melemahkan seluruh anggota badan saat-saat menjelmanya peperiksaan. Pemakanan yang seimbang sebenarnya dapat membantu minda dan anggota badan bergerak dengan sempurna. Kadangkala ia juga memberi semangat kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Tidakkah anda merasa rugi jika melihat teman anda sendiri sedang study sedangkan anda masih terbaring di atas katil? Pasti sahabat-sahabat ingin mengulangkaji bukan?

Biasanya seorang pelajar yang cemerlang mereka sentiasa berusaha sehabis mungkin sebelum menjelang peperiksaan. Kadangkala segolongan mereka juga sentiasa meletakkan target untuk mencapai sesuatu kefahaman dengan baik pada waktu yang tertentu. Jadi sebagai seorang pelajar teruskanlah berusaha mencapai kejayaan tersebut bukan hanya semata-mata kerana peperiksaan tetapi kefahaman ilmu yang perlu dimanfaatkan dan disebarkan pada ummah. Moga-moga buih ilmu yang disebar menjadi bekalan buat akhirat.

Akhir sekali, peliharalah hubungan kita bersama Allah dan bersama manusia terutama hubungan antara ibubapa supaya diberi kemudahan untuk menjawab soalan peperiksaan. Luaskanlah memberi kemaafan kepada orang lain samada melakukan kesilapan atau tidak. Kita juga perlu memastikan waktu-waktu sebelum peperiksaan diuruskan dengan baik dan fokuskan mata pelajaran yang susah. Disamping itu juga, peliharalah kesihatan diri dengan sebaiknya sehingga menjelang peperiksaan agar tidak memudaratkan diri sewaktu peperiksaan tiba. Setelah berhempas pulas berusaha, letakkan keyakinan dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Berdoalah supaya kejayaan milik bersama. Bittaufiq Wannajah.

Doa mula ulangkaji

اللهم إني أسألك فهم النبيين وحفظا المرسلين والملئكة المقربين.اللهم اجعل لساني عامرا بذكرك قلبي مَلِيئًا بخشيتك إنك على ما تشاء قدير

Doa selepas ulangkaji

اللهم إني أستودعك ما قرأتُ وما فهمتُ وما حفظتُ فردَّهُ إليَّ عند حاجتي إليه إنك على كل شىء قدير

Mee Basah


Bismillah wal hamdulillah, hari ini giliran memasak. Hari yang penuh barakah hari jumaat. Musim study week untuk persediaan exam. Terfikir dalam kepala, nak masak apa ya? Masak itu dah, masak ini dah. Macam terasa nak makan selain nasi je. Tanya salah seorang ahli beit (housemate), “ayang. Ayang nak makan apa? Nak makan nasi ke selain dari nasi? Mee basah ke?.” Dia menjawab, “angah! Nak mee basah. Teringinlah nak makan mee basah. Dah lama tak makan.” Ku membalas ringkas, “ok. Angah masak apa yang ayang nak.” Tanya ahli beit yang lain, “alang, angah nak masak mee basah. Macam mana? Nak tak?.” Dia menjawab,”ok boleh je tak ada masalah.” Maklumlah, kekadang terasa juga nak makan benda lain kan selain nasi. Hehe jom ana share resepi di sini.

MEE BASAH

Bahan-bahan:
-Satu bungkus spageti/mee (sini guna spageti sebab tak ada mee)
-Satu labu bawang besar
-Tiga ulas bawang putih
-Udang kering kurang dari segenggam tangan
-Segenggam cili kering (ikut citarasa sendiri, taknak pedas kurangkan)
-Ayam
-Satu sudu besar minyak
-Sayur sawi
-Carrot
-Tomato
- Sos tiram*
-Sos cili*
-Kicap*
-Sos tomato/paste tomato *

Cara menyediakan bahan:
-Rebus spageti/mee dan bubuh minyak sedikit (minyak tu supaya tak melekat) dan toskan setelah direbus.
-Campur bahan yang dikisarkan dan blender sekali (bawang merah, cili kering yang dah direbus, udang kering).
-Tumbuk bawang putih asing dengan bahan lain.
-Ayam potong dadu (jangan besar sangat, jangan kecik sangat).
-Potong carrot, tomato, sayur sawi dan semua sayur2 yang  diinginkan (sayur2 ni mengikut citarasa sendiri).
-Bahan2 yang bertanda * terpulang pada sahabat2 nak letak semua sos yang ana bagi atau ikut pilihan masing2. Ada yang guna sos cili, kicap, sos ikan. Ada juga yang guna sos cili, kicap, sos tomato. Terpulang.

Jom mulakan:
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih yang ditumbuk (sampai kuning sedikit. Bukan kuning hangit tau hehehe).
-Masukkan bahan2 yang dah diblender (bawang merah, cili kering, udang kering).
-Tumis hingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan kesemua (kicap, sos tiram, sos cili, sos tomato). Kuantiti setiap sos dalam satu setengah sudu besar. Kicap tu terpulang. Kalau nak gelap sikit buh banyak. Kalau nak kurangkan gelap jangan banyak sangat.
-Kacau sehingga garing sedikit, kemudian masukkan ayam, sayur2 dan last masukkan mee.
-Gaul sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.

Memasak ni kene kreatif. Tak semestinya mengikut betul2 bahan2 yang diperlukan. Sebab tu resepi dari orang lain semuanya tak sama. Betul tak? Ada minat, jalan. Ana bukan minat memasak pun. Tapi minat makan, sebab tu kene ada minat dalam memasak. Hehe boleh makan banyak2 dan masak untuk orang sama. Kan berkat tu. Lagi2 kene GST sekarang ni. Memasak dengan kreatif berkait rapat ke? Bagi ana, ya! Sangat berkait rapat. Contoh yang mudah macam ni la. Roti jalan warna kuning. Tapi ada yang nak menarik minat, boleh pelbagaikan warna. Masak lemak warna putih, nak bagi menarik sikit, bubuh kunyit supaya nampak sikit berwarna. Baru rasa menarik nak makan. Bakso pula, pelbagai bentuk ada. Ada bentuk bulat, ada bentuk love sampai ada yang letak nama restaurant “bakso cinta” kan menarik tu. Hehe. Menarik pasangan remaja yang kebiasaannya pasangan remaja ni selalu diketepikan oleh masyarakat, tapi dalam masa yang sama, dengan cara ini juga dapat menarik mereka dan tarbiyah secara perlahan2. Nak bagi makan kat orang dalam masa yang sama kita berdakwah. Nak orang mendekati kita pun kene kreatif. Barulah orang nak dekat dengan kita dan senanglah perjalanan dakwah itu. Air tangan sendiri itu berkat, tambah lagi menjamu untuk keluarga, untuk suami, untuk sahabat2 dan untuk semua, kan berkat tu.

Dalam memasak pun ada keberkatan. Sebab tu lah ana cakap memasak dan kreatif berkait rapat. Yang tak kreatif conform bila dah masuk dapur akan jadi kreatif sendiri. Hehe. Untuk wanita khususnya, jom lah belajar memasak. Sentuh hati suami dengan masakan anda. Cari keberkatan di situ. Biasa juga dengar istilah “perempuan ni belajar tinggi2 pun, last2 masuk dapur juga” ya! Betul tu tapi jangan kita rasa dengan istilah itu kita down, kita lemah, rugi sahaja belajar sampai ijazah tapi last2 masuk dapur, duduk rumah. Ingat!!! Dalam masa yang sama, kita sedang meneruskan perjalanan mencari ilmu. Mencari ilmu tak semestinya perlu berada di atas kerusi depan whiteboard, pembentangan sana sini, tesis, kelas tuisyen, peperiksaan bla bla bla. Kita juga sedang melalui yang sama macam mereka di university, sekolah2. Lagi2 lah full praktikal. Hehe. Belajar memasak, melayan suami, mengasuh anak2, menyediakan makanan dan pakaian untuk ahli rumah, dan dalam masa yang sama, kita banyak belajar perkara baru, menambahkan ilmu sama macam mereka. Lagi2 mengejar ilmu yang menuju ke Jannah.

Tak pastilah ni mee basah ke lembap. Hehe. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang menggunakan resepi ini. Moga kalian diberkati Allah. Selamat mecuba ('',)

siap dihidangkan ('',)

Tuesday 21 April 2015

Jangan Sombong Dengan Takdir


Moga semuanya berada dalam rahmatNya in sya Allah ^^ Entry kali ni ana nak kongsikan sedikit tentang pengalaman yang mungkin pahit di sini bagi ana dan mungkin juga pahit bagi sesiapa yang mengalaminya. Baru lepas diuji satu ujian yang semestinya semua orang tak inginkan. Bergegas ke kelas yang jauhnya dalam setengah jam lebih, “Allah! lambat dah ni. Kelas jam 1 petang. Sekarang dah jam 12.45 petang. Naik taxi jelah ni.” Memang kebiasaannya taxi lah jadi pilihan bila keluar rumah lambat. Taknak guru yang menunggu anak murid. Tahan taxi yang ada mama (mesir biasa makcik2 panggil mama) di tempat duduk sebelah driver. Driver taxi menghantar mama terlebih dahulu kerana mama penumpang yang pertama. Selepas menghantar mama, pastinya giliran ana. Tiba2, ada yang menahan taxi. Seorang pakcik. Sepanjang perjalanan, agak sedikit kehairanan kenapa driver ni jalan tempat lain? Bermula lah perbualan ana dengan driver taxi.

Ana:Ammu, ruh fin?” (pakcik, kau nak pergi mana?)
Ammu:mumkin hua awwalan, wa ba’din anti, mesyi?” (aku hantar dia “pakcik” dulu, lepas tu kamu. Ok?)
Ana:lissa ammu. Ana fi dars al an. Ana taakhar. Mumkin ana awwalan.” (tak pakcik. Aku ada kelas sekarang. Aku dah lambat. Aku dulu ya)

Dah lambat 20 minit lebih kurang. Driver tu hantar pakcik tu dulu sebab taknak patah balik. Hati merungut sambil cakap bahasa melayu seorang diri. Pakcik dengan driver tu entah apa lah mereka cakap pasal ana. “hish! Dah lah lambat. Aku yang naik dulu, orang lain yang kau hantar. Ieeeee, kalau banyak vocab arab dalam kepala, dah lama aku bedai je driver ni. Menyusahkan orang betul.” Merungut seorang diri sambil menghantar pesanan ringkas pada ustazah bahawa ana lambat ke kelas kerana zahmah (jem).

Sesudah sampai ke tempat destinasi, ana pun meneruskan perjalanan ke Maahad. Dalam perjalanan, ada budak remaja datang merampas beg yang sedang digalas. Terkejut sambil menjerit. Sempatlah dia ambil duit yang ada dalam beg. Ramai yang melihat situasi itu datang berkerumun, dan selebihnya mengejar budak itu. Tak fikir dah masa tu, terus menangis sambil dipujuk oleh mama yang ada disitu sambil mereka menghulurkan kerusi untuk duduk dan air untuk minum. Tidak dinafikan bahawa mereka sekiranya ada musibah yang berlaku disekeliling mereka, bantuan datang sangat cepat. siap beristighfar berulang kali lagi seolah mereka yang ditimpa. Mungkin tak semua seperti itu, tapi setakat ini sepanjang ana duduk di Negara Mesir, itulah yang ana lihat. Orang bergaduh, ramai datang meleraikan. Pelajar pengsan, mereka datang menghulurkan apa yang patut. Orang kemalangan, kereta2 semua berhenti turun menghulurkan bantuan. Sangat berbeza dengan Negara sendiri yang sekarang lebih banyak hidup dalam ketakutan dari keamanan.

Dalam ingin melakukan kebaikan dengan menghadirkan diri ke kelas untuk menuntu ilmu, musibah yang datang. Musibah yang bukannya sekali. Mula dengan driver taxi, diikuti pula dengan pencuri. Merungut sendiri. “Astaghfirullahal’azim. Apa yang telah aku lakukan sehingga musibah bertimpa-timpa datang.

Jika hendak dikirakan “beriman” dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya hari pembalasan. Hendak diukur dari segi ibadah, ya! Ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua Malaikat. Cuma satu, syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi khalifah dan dia diperintahkan sujud lambing hormat kepada Adam dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api, sedangkan Adam hanya daripada tanah, mengapa dia yang lebih “senior” dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya “pendatang” baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu siapa kita yang mampu menidak dan meminggirkan takdir??? Allah itu Maha Besar qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika kita cuba menafikan, kita akan terhina seperti terhinanya iblis. Dilaknat dan dimaksud ke neraka, kerana gugur sifat kehambaannya.

Dalam episode hidup, takdir datang menguji kita. kenapa aku mendapat suami yang begini??? kenapa isteriku seperti ini??? Kenapa aku dapat ahli beit (ahli rumah) macam ni??? Kenapa ketua kelas aku, dia yang dipilih??? Kenapa anakku cacat??? Kenapa aku tidak kaya raya lagi walaupun telah berusaha??? Kenapa aku dihidupkan dengan keadaan miskin seperti ini??? Kenapa??? Kenapa??? Kenapa??? Bila masalah melanda, kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang ditimpakan nasib sebegini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendakNya kita tidak rela? Sebenarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakanlah, “Ya Allah, sungguh sakit, sungguh perit, sungguh berat, tapi apakan daya, aku hambaMu, Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdirMu.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Kita inginkan cinta dari seseorang, sakit pula datang. Ketika itu hati akan bertanya, apalagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal juga? Ketika itu timbullah bunga-bunga “pemberontakan” dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Bersyukur dan redhalah atas segala takdir yang ditentukan.

Jom hayati satu lagu yang sangat2 tersentuh liriknya dengan kehidupan kita yang sering dimamah dengan ujian ^^ moga terhibur ^^


Seringkali kita tertanya
Mengapakah kita diuji
Silih ganti tak berhenti
Kadangkala tak terdaya

Ada waktu kita tak mampu
Ada waktu kita keliru
Bila rebah meratapi nasib
Bangkitkan semula harapan kepadaNya

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Musibah itu hikmah
Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Sabarlah menempuhi dugaanNya

Ujian ini pengajaran
Untuk kita renung kembali
Di manakah letaknya keimanan
Fikirlah sedalamnya wahai insan

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Musibah itu hikmah
Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Sabarlah menempuhi dugaanNya

Cukup Allah bagiku
Sebaik-baik pembantu

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Khabarkan berita gembira
Bagimu syurga
Bagimu syurga
Bagimu syurga

Lagu: Bazli UNIC
Lirik:Fedtri Yahya

Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat semua (‘’,)

Friday 10 April 2015

MTQ parit pembawa semangat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

Alhamdulillah panjatkan syukur terhadap Illahi kerana masih berpeluang bertemu sahabat2 di sini dan dapat berkongsi kisah hidup ana dan mungkin ada input yang berguna untuk sahabat2 ambil sebagai pengajaran dan nasihat. Dah 23 tahun diberikan nikmat hidup dalam bumi Allah ini, diberi didikan di setiap sekolah2, universiti dari tidak tahu apa2 sehinggalah sekarang yang jauh dari keluarga. Menuntut ilmu di sana sini. Apakah lepas ni ilmu yang ada dalam dada ini akan berguna untuk orang lain? Atau hanya untuk diri sendiri? Atau sekadar untuk mendapatkan pangkat di setiap peringkat pengajian? UPSR! PMR! SPM! DIPLOMA! IJAZAH! MASTER! PHD! Berkejar2 untuk mendapat nama? Ya Allah, jauhkanlah kami dari golongan seperti ini. Berkatilah ilmu yang kami peroleh, jadikan kami di antara golongan orang yang memberi manfaat untuk orang lain. Amin.

Setiap orang mempunyai semangat masing2 berdasarkan pengalaman hidup kan? Hehe. mesti akan ada punya. Mustahil kalau semangat tiba2. Hehe. contoh macam ni la, sebelum kita buat sesuatu, mesti kita akan fikir dulu apa yang menyebabkan kita nak berusaha bersungguh2 atas apa yang kita lakukan? Faham x? macam berkias pulak. ok. Contoh yang mudah. pertandingan lumba lari antara sekolah2. Kita adalah peserta sebagai wakil sekolah tersebut. Masa pertandingan bermula, apa yang kita akan buat? pastinya berlumba bersungguh2 betul tak? untuk apa? untuk mendapatkan kemenangan dan mengharumkan nama sekolah. betul? inilah maksud ana sebelum melakukan sesuatu, pastinya perlu ada semangat untuk melakukan perkara tersebut. 

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 2 Parit Perak menjadi semangat dalam hidup ana sampai sekarang. Di sini mula faham erti berdikari, mula faham erti berkawan, bergaul. Berdikari hanya bergantung pada sahabat2, pada senior, dengan hidup dalam kawasan yang sangat dhoif, keliling hutan, rumah buruk yang menyeramkan, kubur, semak2, kalau ular tu memang dah biasa nampak depan mata lah, tempat yang sedikit keras “keras dengan makhluk halus”, kawasan yang suram, tak tahu nak gambarkan macam mana keadaan kawasan sekolah kami. Bukan lah dalam impian ana nak bersekolah macam tu. Ini pun dipaksa. Dipaksa ibu ayah atas permintaan opah. Dengan berbantah dalam hati, ikut juga. 2005 pada tingkatan satu mulalah kehidupan yang jauh dari family. Sudah menjadi kebiasaan pelajar tingkatan satu hanya bertempatkan di asrama. Dah biasa dah duduk asrama. Dari sekolah rendah lagi. Tapi ni dalam keadaan terpaksa ikut, tu yang hati memberontak seorang diri. Ya Allah!!!! Tak nak masuk xnak masuk. Tak nak hafal quran! Tak minat! Tak mampu! Macam2 dalam hati ni berkata. Bermula pembelajaran yang sungguh tak sama dengan sekolah lain, langsung tak bergaul dengan kawan2, hati masih memberontak. Tak terima kenyataan yang dah ditempatkan di sini. Sungguh, makan masa yang lama nak serasi, makan masa nak terima pembelajaran baru, akademik tak ada. Hanya pengajian agama itupun sikit2. Bab makan tak payah cter lah. Huhu. Nak terima suasana lagi. Tak ada warden. Ada warden pun tak sepanjang tahun. Itupun bertukar2. Kalau suruh senaraikan nama warden sepanjang keberadaan ana disitu memang tak semua lah yang sebut. Hehe.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, hati mula tertarik dengan kehidupan di sana. Tertarik dengan didikan senior untuk kami adik2. Tertarik dengan kehidupan di sana yang sangat unik. Sangat2 unik. Kampung pun tak macam ni. Kami dah ibarat macam adik beradik. Hanya tak sampai 30 orang pelajar dan tenaga pengajar pun tak ramai. Ditempatkan pelajar di dua buah rumah sahaja yang menjadikan rumah itu asrama. Sebuah di bahagian depan jalan raya yang terbuka kawasannya dan sebuah lagi di bahagian belakang, dekat dengan semak samun, rumah buruk, kubur yang ana cakap tadi dan agak tersorok. Belajar hidup yang sederhana. Berdikari. Berdisiplin. Walaupun kami hanya pelajar, bertemankan makcik kantin, sangat berperaturan. Lengkap. Dari bangun tidur sehingga masuk tidur. Jadual padat. Bangun tidur sebelum azan, kendiri siapkan diri untuk solat subuh, berzikir, al-mathurat, tak ada yang terlepas solat berjemaah, bertugas di setiap sudut asrama, bersihkan tempat sendiri takut ada yang kene marah sebab tempat tak bersih, siap sarapan dengan berpakaian sekolah, terus ke perhimpunan pagi. Di cuci hati dengan nasihat oleh pengetua sekolah ustaz nasir bin hasan sebelum ke kelas. Mula lah kelas quran. Masing2 menunggu giliran untuk tasme’ (menghantar muka surat baru depan ustaz). Hehehe selalu kene marah, kene ketuk kepala dengan ustaz, kene perli, itu semua menjadi pendorong untuk terus lakukan yang terbaik lepas ni.

“awatif! Ustazah nak jumpa kamu dalam bilik nanti.”
“awatif! Ustaz terasa dengan kamu.”
“awatif! Kamu hafal macam mana?”
“awatif! Jangan main! Hafal!”
“awatif!”
“awatif!”
“awatifffffffffffffffffffffffffffffff!”
Ni belum senarai lagi kene dengan senior yang jaga ana. Hehehe. Nakal nya lah kamu ni awatif. Hehehe.

Kami kelas mengaji tumpang di surau kampung yang dikenali dengan "surau merah" sebab surau tu warna merah. hehe. Kelas madah lain di kelas bawah surau. Tapi orang kampung dah buat kami macam anak2 deorang. Sangat penyayang. Lepas habis kelas, makan tengahari. Ambil pinggan cawan masing2 turun ke kantin untuk menjamu selera sebelum solat zohor. Selesai makan, sebelum zohor, qoilulah (tidur siang cara Rasulullah). Yang dimaksudkan qoilulah istirehat di tengah hari walaupun tidak disertai tidur. Kalau sahabat nak tahu, qoilulah ni dah menjadi kebiasaan Rasulullah dan sahabat2 nya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang qoilulah ni, bleh la search ye. Hehehe. Lagi beberapa minit zohor masuk, masing2 kejut sahabat2 bangun untuk bersiap zohor berjemaah pula. Berkumpul dalam soff solat, dan diimamkan mengikut jadual yang dah ditetapkan. Selesai solat, kami berkejar pula untuk ke kelas iadah. Kelas mengulang quran. Kalau tersengguk2 tu biasa lah. Tengahari kan. Memang mengaji dalam mimpi pun ada. Habis dua jam berlalu, masing2 pulang ke asrama untuk siap solat asar berjemaah di sambung pula membaca al-mathurat, rehat,  kendiri, bertugas lagi dan siap untuk maghrib pula. Sebelum maghrib macam biasa makan malam. Selesai makan malam, semua diarahkan berkumpul untuk membaca al-quran (surah2 pilihan) berjemaah, bernasyid lagu “suarul quran”, hehe. Ini adalah rutin harian kami sebelum solat maghrib. Selepas selesai solat maghrib, bersiap pula untuk kelas menghafal muka surat baru untuk dihantar pada ustaz esok pagi nya. Masing2 tekun menghafal. Selesai kelas malam, bersiap untuk solat isyak. Selepas solat isyak, masing2 buat kerja sendiri. Ada yang sambung menghafal, ada yang membasuh baju, ada yang makan, ada yang menggosok baju sekolah untuk esok, ada yang menyembang, sehinggalah jam sebelas malam, semua mula melelapkan mata untuk simpan tenaga esok pagi. Ini lah rutin kami setiap hari isnin-jumaat. Memang padat tapi sangat2 manfaatkan masa.

Peraturan sangat2 lah berguna untuk kita. Untuk kita sebagai seorang pelajar supaya akan datang akan menjadi orang yang berdisiplin. Dalam islam pun tekankan disiplin kan. Dalam muwasafat tarbiyah yang ana ada kongsikan sebelum ni pun ada sebut soal disiplin. Hari jumaat adalah hari yang istimewa buat kami dan buat semua pelajar di sekolah2. Sebab apa?? Sebab cuti! Ya. Cuti. Bebas. Hehe. Tak terikat dengan kelas. Tak terikat dengan peraturan sangat. Hehehe. Hari jumaat malam tak selalu lah, kami semua pelajar berkumpul, tidur beramai2 untuk qiamullail bersama. Radio ikim terpasang sambil melakukan aktiviti sendiri. Dengar radio tu pun dah rasa bahagia. Enjoy sikit kepala otak ni. Tapi ni pun ada peraturan juga. Hehe. Sampai jam 12 malam je. Mula jam 12 malam, semua kene pejam mata dah untuk bangun qiamullail. Qiamullail tu sahabat tahu tak apa dia?? Meh nak bagitau. Qiamullail ni adalah amalan di malam hari iaitu bangun 2/3 malam atau sekurang2nya 1/3 akhir malam untuk beribadat kepada Allah. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya rahmat Allah ke bumi. Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Ada Rasulullah bersabda, “ hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh, sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR Muslim)

Malam adalah waktu paling hebat dan istimewa sehinggakan Allah menyifatkannya sebagai malam yang berkat seperti dalam Firman Allah,

“ dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam, Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita.” (surah yasin:37)

Ada beberapa ayat al-quran yang menceritakan tentang solat malam ini. Antaranya:
Firman Allah, “ dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (surah al-isra’:79)

Qiamullail pula dibahagikan group. Mula jam 2 pagi, group pertama bangun untuk qiamullail dalam masa yang ditetapkan. Ada yang membaca quran, berzikir, solat. Selesai group pertama, mereka mula kejut group yang kedua untuk qiamullail sebelum group pertama sambung tidur. Ada juga yang sambung mengaji, zikir atau seumpamanya, terpulang pada diri masing2. Selesai group kedua, giliran mereka pula mengejutkan group seterusnya untuk qiamullail sehinggalah group yang terakhir. Group yang terakhir pula mengejutkan semuanya untuk siap solat subuh berjemaah. Maniskan. Sangat manis qiamullail berantai. Sentiasa saling mengingati antara satu sama lain. Boleh lah praktikkan di sekolah sahabat2 pula ataupun universiti J in syaAllah ini akan meninggalkan kenangan yang sangat2 manis, dan mungkin akan menjadi satu rutin yang istiqamah sahabat lakukan.

Kebiasaan hari sabtu pula kami dikerahkan untuk bergotong royong asrama, luar kawasan asrama, kantin senang cakap semua kawasan lah. Gotong royong membersihkan kawasan sekolah. “kebersihan itu kan separuh daripada iman”. Dan hari minggu iaitu hari sabtu dan ahad adalah hari yang gembira bagi pelajar. Keluarga datang melawat anak2, outing, call family. Rindulah katakan. hehe keluarga yang tak datang, mengendap tengok melalui tingkap pun jadi. Malam minggu pula ada siaran untuk release tension. Tengok cerita carekarama. Selesai rancangan, kene buat pengajaran dari cerita tadi dan tampal di depan pintu almari. Huhuhu. Sangat merindui tarbiyah di sekolah dulu. Di sini lah diri ini bertatih sendiri. Dalam keadaan terpaksa meredhakan diri untuk terima. Alhamdulillah Allah buka juga hati ini untuk terima akhirnya tempat ini lah yang menjadi pendorong semangat. Haaa!!!! Ada satu lagi perkara yang tak cerita. Hehehe ini adalah kenangan pahit jugaklah. Sangat pahit sepanjang berada 4 tahun di sekolah ini. Masa di tingkatan 3, kami akan menduduki peperiksaan pmr dan pastinya memerlukan guru tambahan untuk mengajar subjek akademik. Tapi belajar pun empat subjek je, matematik, sains, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Setiap minggu kami dihantar ke tempat belajar lelaki yang jauhnya dalam 15 minit lebih kurang lah tak ingat dah untuk persediaan sebelum menduduki peperiksaan pmr. Belajar menggunakan buku yang terpakai. Datang memang dengan hati yang terpaksa. Terpaksa berdepan dengan pelajar lelaki yang nakalnya ya Allah, hanya Allah yang tahu. Setiap minggu datang, pasti ada sahaja rancangan mereka tak lain tak bukan nak menyakitkan hati pelajar perempuan. Kacau dengan binatang2 yang menggelikan, letak benda atas pintu, dan bila pintu dibuka, jatuhlah atas siapa yang buka pintu itu dulu. Banyak benda lah kalau nak senaraikan apa yang mereka buat. Sampai fobia pun ada bila tiba hari minggu. Arghhhhhh memang geram. Tapi sekarang semuanya dah berubah, mungkin dah tak macam dulu. Yela masing2 dah berjaya dengan kerjaya masing2. Alhamdulillah. Mesti ada yang tertanya2 macam mana nak menghadapi peperiksaan besar dengan belajar keadaan macam ni? Buku tak lengkap. Nota tak ada. Subjek kemahiran hidup, kami hanya menggunakan lebihan2 peralatan di sekolah yang kami menumpang untuk menduduki peperiksaan pmr. Tapi Alhamdulillah Allah membantu. Masih boleh mengulangkaji sendiri2, mengulangkaji bersama sahabat2 walaupun kami tidak tempuhi peperiksaan percubaan. Terus menduduki peperiksaan besar pmr. Walaupun kami tidak lengkap dengan kelengkapan untuk belajar, ini bukan bermakna kami tidak boleh jadi macam pelajar biasa yang lain. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Kami hidup dalam keadaan yang dhoif. Dengan asrama yang berlubang2, kalau orang buat pantauan ni, mesti dapat asrama baru kan. Hehehe. Tapi kami tak kesah semua tu. Sebab kami dah bahagia hidup dalam keadaan macam ni. Semak2 belakang asrama yang berdekatan kubur, kami bina kebun, ulam2, terung rembang, cili, kangkung, rozel, tebu, ubi, tak ingat dah lah apa lagi. Siap buat pondok lagi untuk rehat2. Kalau cuti2 boring, pegi ramai2 ke sawah padi di kawasan kampung tu juga. Yang bestnya kami dikelilingi pokok buah buahan. Buah durian, ciku, rambutan, kwining, mempelam. Ulam2 tu lagi banyak. Yela, duduk pun dekat dengan semak kan. Memang banyaklah ulam. Kami tak ada kokurikulum, tak ada aktiviti2 yang ditetapkan oleh pihak sekolah macam sekolah lain. Kami lah yang bina aktiviti sendiri antara kami. Kami jugalah yang bina suasana di sana.

Alhamdulillah dalam masa nak terima suasana yang seperti itu, Allah masih memilih kami tergolong dalam menghafal ayat2Nya. kalamNya. Ini adalah nikmat yang sangat bermakna. Walaupun ujian sepanjang menjaga kalamNya sangat berat. Sangat berat hanya Allah yang tahu. Betul kata ustaz ustazah kami, orang yang menjaga kalam Allah ni la akan terima ujian yang sangat berat. Satu perkara je yang kami semua kene pegang. KUAT!!! Ye kuat. Yakin. Baru merasa ujian yang macam mana mereka maksudkan. Teringat pertama kali kenangan yang paling menakutkan berlaku. Dah menjadi kebiasaan kami bangun sebelum subuh untuk menghafal al-quran kerana masa itu otak fresh untuk masuk apa yang dihafal. Pada masa itu, semua pulun (bersungguh2) menghafal, terdengar satu bunyi yang aneh, bunyi yang sangat menakutkan. Seolah2 macam ada orang guling2 atas bumbung. apa pertama yang ana fikirkan?? POCONG?? haha sebab biasa dengar cerita2 ni kalau guling2 ni pocong lah kan. Semua senyap. Kami ketakutan. Masing2 pandang antara satu sama lain. Tiba2 kakak yang menjaga kami bersuara “dah2. Sambung mengaji. Tak ada apa tu. Biasalah. Nak mengganggu lah tu. Dah2. Teruskan mengaji. Jangan peduli. Jangan layan.” Masing2 pun teruskan mengaji. Lagi mengaji lagi kuat bunyi aneh itu. Huh. Lagi rasa terketar satu badan. Terus duduk dekat dengan kawan. Dalam masing2 mengaji, kakak yang bersuara tadi keluar ke balkoni untuk tengok di sebalik lubang2 bumbung. Kami nampak muka dia pun ada sedikit ketakutan tapi dapat merasakan dia hanya yakinkan kami untuk tidak berfikiran yang bukan2. Dia lah kakak yang menjaga kami sepanjang kami tidak ada warden, mungkin dia rasa bertanggungjawab atas kami. Alhamdulillah. Moga Allah berkati hidupnya. Banyak kalau nak diceritakan kisah yang menyeramkan berlaku di teratak kami ini. Tapi masih lagi semua bertahan berada di sini dan teruskan belajar. Histeria tu memang dah biasa lah berlaku. Tapi hati masing2 tetap berlawan, dengan memegang keyakinan bahawa kami ada Allah, kami membawa kalam Allah. Gangguan2 makhluk halus ini sentiasa berusaha dekat untuk mengganggu. Syaitan sentiasa akan berusaha untuk menyesatkan manusia untuk terus berbuat kebaikan. Jadi teruslah dan jangan pernah berhenti untuk terus melangkah ke arah kebaikan. Ujian bagi orang yang berusaha melakukan kebaikan akan semakin kuat kerana Allah dah janjikan syurga untuknya.

Inilah kehidupan kami di teratak yang sekarang tidak ada lagi pelajar yang menetap di situ. Sangat2 merindui tempat ini. Tempat yang mengajar banyak erti hidup, yang mengajarkan kami kuat, sabar tempuhi kehidupan seterusnya di tempat lain. Sehinggalah 2008 habis pengajian ana di Maahad ini kerana terpaksa menyambung di sekolah lain untuk menduduki peperiksaan spm pula. Ini juga terpaksa mengambil masa untuk terima, adakah aku akan meninggalkan sekolah ini?? Dapat panggilan dari ayah “watif, ayah ngan ibu dah daftar masuk sekolah Maahad Al-Khair lil Banat kat Taiping.” Meraung tak berhenti2. yaAllah. Semuanya diatur oleh ibu ayah. Tapi apakan daya, ibu ayah yang berhak menentukan hidup anaknya. Selagi mereka menentukan yang baik2, tak boleh membantah. Ya! Ini yang terbaik. Mereka dah menentukan yang terbaik. Sangat terbaik. Kalau tak, tak sampai impian sendiri untuk ke Mesir. Terima kasih Allah! Allah dah makbulkan impian sendiri melalui ibu ayah. Terima kasih ibu ayah! Terima kasih kerana dah buat yang terbaik untuk aku. “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.” Alhamdulillah perjalanan kehidupan yang cantik Allah aturkan untuk hambaNya.

Untuk sahabat2, coretan yang panjang lebar ini bukan hanya untuk menghiburkan, bukan hanya untuk mengisi masa lapang membaca, tetapi ambillah sedikit input untuk mempraktikkan dalam kehidupan sahabat2, supaya kita ini tergolong dikalangan orang yang memberi manfaat untuk orang lain.

Gambar2 asrama bahagian depan yang terkini
pintu utama Maahad (terkini)

wajah asrama depan dari luar. dan bahagian bawah pejabat

 kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama (dulu tak ada kolam macam ni)

  kawasan bawah asrama

 kawasan luar asrama. atas asrama. bawah pejabat. tempat perhimpunan pagi

  kawasan bawah asrama. tangga untuk turun ke kantin

 Tangga menuju ke kantin

 keadaan dalam asrama yang dah lama ditinggalkan, kini hanya tinggal kenangan

 dalam asrama

  dalam asrama

  dalam asrama

dalam asrama

kawasan luar asrama, yang menjadi tempat kami bermain. dikelilingi dengan pohon buah buahan


pondok tempat berehat. pondok ni dibina selepas ana keluar dari Tahfiz ni

Gambar2 asrama bahagian belakang yang terkini
 inilah wajah asrama belakang warna coklat yang kini menjadi kenangan

bahagian atas asrama. bahagian bawah rumah makcik kantin. kini, kedua2 kosong. asrama ini lah yang sedikit menyeramkan. tapi lebih banyak meninggalkan kenangan manis

 inilah surau merah tempat kami menuntut ilmu. atas surau. bawah kelas madah. bawah tu lah tempat kami menduduki peperiksaan setiap tahun. bersebelahan kubur. berdekatan kubur inilah kami bina kebun, tapi sekarang dah musnah. dah tak ada yang nak mewarisi. hehe

kantin yang kini dah berubah. dulu terbukak. hujan pun boleh masuk. tepi belah kanan tu lorong kecik yang keliling zink nak ke asrama belakang

 pekan parit

Gambar2 yang dikongsi dari sahabat ana yang kini menjadi tenaga pengajar di sini. Hanya tinggal pelajar lelaki sahaja yang jauhnya dalam 15 minit.


 wajah2 murabbi kami di Mtq
 pengetua Mtq Parit Ustaz Nasir Bin Hasan

 ustaz asri

 ustaz sabri

ustaz masri

ustaz ku
kak mala (kerani Mtq)

ustaz azman


ustaz badri


ustaz turob


ustazah qila


ustazah zahra


ustazah huriyyah

ramai lagi guru2 tapi tak dapat jejak mereka yang lain. hehehe. Lepas baca kisah sekolah ana ini, jangan ada pula yang takut ye :) walaupun kini keadaan dah tak macam dulu, kami tetap merindui suasana, murabbi2, warden2, orang kampung, makcik kantin dan sahabat2 yang sentiasa senang susah bersama.

Buat Murabbi ana, terima kasih atas jasa kalian. Moga Allah memberkati hidup kalian, doakan kami semua berjaya dan menjadi hamba Allah yang diredhai. Kalian adalah yang menerangi kehidupan kami. ana sayang Murabbi ana Lillahi Taala.

Buat sahabat2 ana di Tahfiz ini, jangan lupa ukhwah yang kita bina selama ni. Ana sentiasa merindui kalian. Banyak kenangan yang kita bina bersama. Sayang kalian Lillahi Taala. 
Buat makcik kantin, makcik Ani dan Makcik Ti, terima kasih atas layanan kami yang comel2, yang nakal2 ni, menyediakan kami makanan sepanjang kami di sini.


moga kisah ini bermanfaat buat semua ('',)
teratak yang meninggalkan beribu kenangan. 
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 2 Parit sentiasa terpahat di hati ^_^