"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Friday 13 March 2015

Mujahadah Itu Manis


Baru selepas berusrah. Kene pulak bawak tajuk MUJAHADAH. Huhuhu tetiba rasa terkena dengan diri sendiri masa tu. Nak bercerita sedikit sebelum gerak ke usrah. Usrah dah diberitahu jam 12.30 tengahari selepas zohor di sebuah restoran "cook door". Macammana entah boleh fikir usrah jam 10.30 pagi. Jauh lah juga dari rumah. Sesat satu hal. Last-last pilih naik texi. Bila sampai sahaja tempat yang dijanjikan, tak ada orang lah pulak. dah lah tak tahu mana satu restorannya. tanya mana ahli yang lain. Naqibah mcj, "Alang!!! tengok balik masa usrah jam berapa!! Allahuakbar. 12.30!! Memang mujahadah masa tu. Mujahadah dengan perasaan marah masa tu. Marah diri sendiri. haha.. Tak sangka sebelum nak berkongsi tajuk mujahadah dengan adik beradik usrah yang lain, Allah letakkan aku dahulu untuk memahami apa itu mujahadah.









Mujahadah???
SITUASI PERTAMA (mujahadah dalam ibadah kepada Allah)
Mesir.Di musim sejuk.
"Elsa? (knock, knock, knock, knock, knock)
Do you wanna build a snowman.
Come on lets go and play
I never see you anymore
Come out the door
It's like you've gone away
"

Alarm berbunyi menunjukkan jam 3.30 pagi. (Tahajjud) "Aduh. Sejuknya. Ni masuk bilik air ni conform pegang ais"

SITUASI KEDUA (mujahadah cinta)

"Ya ALLAH. Aku tak boleh lupakan dia. Dia orang yang baik, soleh. Mempunyai ciri-ciri yang aku nak. Ya ALLAH, aku tak kuat nak hadapi."

SITUASI KETIGA (mujahadah dalam menuntut ilmu)

Terpandang di luar tingkap, "mak aihh. Kuatnya angin. Dengan debu-debu pasirnya. hishh. Ni kalau jalan ni kene banyak paut tiang ni. Macam mana ni? Kelas dah lah jauh. hmm."

SITUASI KEEMPAT (mujahadah dalam mengawal nafsu)

"Kenapalah budak ni! Penting diri! Ingat bagus sangat ke? ada aku kesah ke kau nak buat apa? sikit pun tak heran lah!"

SITUASI KELIMA (mujahadah dalam menasihati saudara)

"Ya ALLAH, Engkau berilah kekuatan buatku untuk aku menegur sahabatku ini ya ALLAH. Lembutkanlah hati dia."



Ini hanya gambaran situasi yang mudah untuk difahami. Terdapat banyak lagi situasi yang berlaku pada sahabat-sahabat antaranya dalam melakukan kebaikan. Memang untuk mengejar melakukan kebaikan sangat memerlukan mujahadah yang tinggi. Betul tak? Syeikh ana cakap, Syurga itu kan indah. Hehehe. Jadi usahalah untuk mengejar yang indah itu.
Perkataan "MUJAHADAH" berasal daripada perkataan "JIHAD", yang bererti bersungguh-sungguh. Secara umumnya mujahadah bermaksud bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan. Antaranya bersungguh-sungguh untuk melawan musuh. Musuh? ya. Musuh. Siapakah musuh itu? Sudah tentu "HAWA NAFSU"!


Berkata Imam Ghazali dalam kitabnya, Minhajul Abidin, "Hawa nafsu ialah musuh yang sangat keji dan hina malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari."
Ya. Sangat susah untuk hindari tapi in syaAllah boleh menghindari. Apa-apa sahaja perkara, semua perlu dilakukan dengan bermujahadah. Dalam cinta? Dalam beribadah? Dalam mengawal nafsu? Mengawal nafsu sendiri lebih-lebih lagi. Dalam menuntut ilmu? Jawablah sendiri dalam hati yang kecil itu. Kita sendiri sahaja yang tahu apa jawapannya.

Imam Ghazali berkata lagi, "Hawa nafsu sangat sukar diajak berkrompomi dalam membulatkan hati untuk beribadat kepada Tuhan kerana hawa nafsu akan sentiasa menjauhkan kita dengan Allah S.W.T.Oleh sebab itu, kita memerlukan sesuatu dalam mengendalikan hawa nafsu. apa dia? "TAQWA."
Jadi apakah tips yang terbaik dalam bermujahadah? Tentu sekali jawapannya ialah taqwa kepada Allah S.W.T. Dengan mempunyai sifat taqwa yang tinggi, nafsu jahat dapat ditumpaskan sekaligus dapat meningkatkan iman kepada Allah S.W.T.


TAQWA
Semua mungkin tahu apa itu taqwa kan? Secara umumnya taqwa bermaksud takut kepada Allah S.W.T. Erti kata lain yang mudah difahami, takut, patuh dan tunduk kepada Allah. Dengan adanya sifat taqwa dalam diri,  kita akan lebih mudah menguatkan diri kita dalam bermujahadah. Perasaan takut kepada Allah yang wujud dalam diri akan membuatkan kita lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan seharian.

Baiklah, secara ringkasnya untuk sahabat faham, ana datangkan contoh yang mudah. Andai kita dikejar dengan seekor anjing, sudah pasti tindakan kita adalah melarikan diri dari anjing tersebut. Mana mungkin sahabat membiarkan diri diserang oleh anjing tersebut. Sampai begitu sekali tindakan kita yang mahu menjaga diri. Ke, ada yang yang sanggup??? ohh, tak sangka ada juga orang yang bermujahadah untuk menahan serangan anjing tersebut. Hehehe.
Tanya semula pada diri, mengapa wujudnya tindakan untuk berlari sekuat hati? Hal ini kerana lahirnya perasaan takut yang menguasai diri. Takut digigit oleh anjing dan takut diri tercedera ekoran daripada gigitan yang sungguh berbisa.


Begitulah perumpamaannya dengan perasaan takut kepada Allah. Malah aura takut kepada Allah lebih dahsyat lagi. Sekiranya wujud perasaan takut yang mendalam kepada Allah, kita akan lebih berhati-hati dalam menjaga hati. Sudah pasti kita tidak akan membiarkan hati cedera walau sedikitpun.


Mujahadah itu maksudnya luas...bukannya kita hanya perlu bermujahadah pada masa-masa, keadaan-keadaan tertentu sahaja contohnya semasa exam, bila dalam kesulitan dan sebagainya tetapi Mujahadah itu perlu sentiasa dan setiap masa kita lakukan... Kerana mujahadah (berjihad) melawan nafsu yang jahat, negatif ajakan syaitan itu adalah antara  mujahadah yang terbesar dalam diri seseorang hamba yang beriman kepada Yang Maha Pencipta ALLAH. Mujahadah itu memerlukan azam dan tindakan disamping tidak lupa memohon doa moga kita yang lemah ini sentiasa diberi kekuatan dan perlindungan dalam perjuangan mujahadah ini.




CONTOH AL-QURAN

Terdapat beberapa ayat al-Quran yang menjelaskan tentang bersungguh-sungguh dalam beribadah;
1) Al-Ankabut ayat 69Yang bermaksud "Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka akan jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik."
2) Al-Hijr ayat 99Yang bermaksud "Dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)."
3) Az-Zalzalah ayat 7Yang bermaksuh "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, nescaya dia akan melihat balasannya."
Banyak lagi ayat-ayat yang menjelaskan tentang mujahadah. 




CONTOH HADIS 

Dari kitab "Riyadhus Solihin" yang membincangkan khusus tentang Mujahadah. Bab 11.



 عن أبي عبد اللَّه ويُقَالُ: أبُو عبْدِ الرَّحمنِ ثَوْبانَ موْلى رسولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال: سمِعْتُ رسولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقول: عليكَ بِكَثْرةِ السُّجُودِ، فإِنَّك لَنْ تَسْجُد للَّهِ سجْدةً إلاَّ رفَعكَ اللَّهُ بِهَا درجةً، وحطَّ عنْكَ بِهَا خَطِيئَةً» رواه مسلم 

Maknanya: Dari Abu 'Abdillah (dan ada juga yang menyebut: Abu 'Abdirrahman) Tsauban, bekas budak Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, ia bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud. Sebab, tidaklah engkau bersujud kepada Allah sekali sahaja melainkan pasti Allah akan meninggikan dirimu satu darjat dan menghapus darimu satu kesalahan." (HR Muslim)

Apa yang dijelaskan dalam hadis di atas ialah, seorang muslim berkewajipan untuk bersungguh-sungguh dalam mengerjakan salat, baik fardhu mahupun sunnah. Selain itu, Beberapa amalan sunnah dan berbagai amal ketaatan dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat.


Ni antaranya. Banyak lagi hadis yang menerangkan tentang mujahadah ni. Jadi dah boleh faham kan apa itu mujahadah?? Alhamdulillah. tak dapat banyak pun, sikit tak apa. Marilah sama-sama kita study balik secara luas tentang mujahadah ini.





Moga bermanfaat ('',)
WALLAHUA'LAM

No comments:

Post a Comment