"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Tuesday 21 April 2015

Jangan Sombong Dengan Takdir


Moga semuanya berada dalam rahmatNya in sya Allah ^^ Entry kali ni ana nak kongsikan sedikit tentang pengalaman yang mungkin pahit di sini bagi ana dan mungkin juga pahit bagi sesiapa yang mengalaminya. Baru lepas diuji satu ujian yang semestinya semua orang tak inginkan. Bergegas ke kelas yang jauhnya dalam setengah jam lebih, “Allah! lambat dah ni. Kelas jam 1 petang. Sekarang dah jam 12.45 petang. Naik taxi jelah ni.” Memang kebiasaannya taxi lah jadi pilihan bila keluar rumah lambat. Taknak guru yang menunggu anak murid. Tahan taxi yang ada mama (mesir biasa makcik2 panggil mama) di tempat duduk sebelah driver. Driver taxi menghantar mama terlebih dahulu kerana mama penumpang yang pertama. Selepas menghantar mama, pastinya giliran ana. Tiba2, ada yang menahan taxi. Seorang pakcik. Sepanjang perjalanan, agak sedikit kehairanan kenapa driver ni jalan tempat lain? Bermula lah perbualan ana dengan driver taxi.

Ana:Ammu, ruh fin?” (pakcik, kau nak pergi mana?)
Ammu:mumkin hua awwalan, wa ba’din anti, mesyi?” (aku hantar dia “pakcik” dulu, lepas tu kamu. Ok?)
Ana:lissa ammu. Ana fi dars al an. Ana taakhar. Mumkin ana awwalan.” (tak pakcik. Aku ada kelas sekarang. Aku dah lambat. Aku dulu ya)

Dah lambat 20 minit lebih kurang. Driver tu hantar pakcik tu dulu sebab taknak patah balik. Hati merungut sambil cakap bahasa melayu seorang diri. Pakcik dengan driver tu entah apa lah mereka cakap pasal ana. “hish! Dah lah lambat. Aku yang naik dulu, orang lain yang kau hantar. Ieeeee, kalau banyak vocab arab dalam kepala, dah lama aku bedai je driver ni. Menyusahkan orang betul.” Merungut seorang diri sambil menghantar pesanan ringkas pada ustazah bahawa ana lambat ke kelas kerana zahmah (jem).

Sesudah sampai ke tempat destinasi, ana pun meneruskan perjalanan ke Maahad. Dalam perjalanan, ada budak remaja datang merampas beg yang sedang digalas. Terkejut sambil menjerit. Sempatlah dia ambil duit yang ada dalam beg. Ramai yang melihat situasi itu datang berkerumun, dan selebihnya mengejar budak itu. Tak fikir dah masa tu, terus menangis sambil dipujuk oleh mama yang ada disitu sambil mereka menghulurkan kerusi untuk duduk dan air untuk minum. Tidak dinafikan bahawa mereka sekiranya ada musibah yang berlaku disekeliling mereka, bantuan datang sangat cepat. siap beristighfar berulang kali lagi seolah mereka yang ditimpa. Mungkin tak semua seperti itu, tapi setakat ini sepanjang ana duduk di Negara Mesir, itulah yang ana lihat. Orang bergaduh, ramai datang meleraikan. Pelajar pengsan, mereka datang menghulurkan apa yang patut. Orang kemalangan, kereta2 semua berhenti turun menghulurkan bantuan. Sangat berbeza dengan Negara sendiri yang sekarang lebih banyak hidup dalam ketakutan dari keamanan.

Dalam ingin melakukan kebaikan dengan menghadirkan diri ke kelas untuk menuntu ilmu, musibah yang datang. Musibah yang bukannya sekali. Mula dengan driver taxi, diikuti pula dengan pencuri. Merungut sendiri. “Astaghfirullahal’azim. Apa yang telah aku lakukan sehingga musibah bertimpa-timpa datang.

Jika hendak dikirakan “beriman” dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya hari pembalasan. Hendak diukur dari segi ibadah, ya! Ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua Malaikat. Cuma satu, syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi khalifah dan dia diperintahkan sujud lambing hormat kepada Adam dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api, sedangkan Adam hanya daripada tanah, mengapa dia yang lebih “senior” dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya “pendatang” baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu siapa kita yang mampu menidak dan meminggirkan takdir??? Allah itu Maha Besar qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika kita cuba menafikan, kita akan terhina seperti terhinanya iblis. Dilaknat dan dimaksud ke neraka, kerana gugur sifat kehambaannya.

Dalam episode hidup, takdir datang menguji kita. kenapa aku mendapat suami yang begini??? kenapa isteriku seperti ini??? Kenapa aku dapat ahli beit (ahli rumah) macam ni??? Kenapa ketua kelas aku, dia yang dipilih??? Kenapa anakku cacat??? Kenapa aku tidak kaya raya lagi walaupun telah berusaha??? Kenapa aku dihidupkan dengan keadaan miskin seperti ini??? Kenapa??? Kenapa??? Kenapa??? Bila masalah melanda, kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang ditimpakan nasib sebegini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendakNya kita tidak rela? Sebenarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakanlah, “Ya Allah, sungguh sakit, sungguh perit, sungguh berat, tapi apakan daya, aku hambaMu, Engkau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdirMu.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya daripada kita hambaNya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Kita inginkan cinta dari seseorang, sakit pula datang. Ketika itu hati akan bertanya, apalagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal juga? Ketika itu timbullah bunga-bunga “pemberontakan” dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Bersyukur dan redhalah atas segala takdir yang ditentukan.

Jom hayati satu lagu yang sangat2 tersentuh liriknya dengan kehidupan kita yang sering dimamah dengan ujian ^^ moga terhibur ^^


Seringkali kita tertanya
Mengapakah kita diuji
Silih ganti tak berhenti
Kadangkala tak terdaya

Ada waktu kita tak mampu
Ada waktu kita keliru
Bila rebah meratapi nasib
Bangkitkan semula harapan kepadaNya

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Musibah itu hikmah
Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Sabarlah menempuhi dugaanNya

Ujian ini pengajaran
Untuk kita renung kembali
Di manakah letaknya keimanan
Fikirlah sedalamnya wahai insan

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Musibah itu hikmah
Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Sabarlah menempuhi dugaanNya

Cukup Allah bagiku
Sebaik-baik pembantu

Hasbunallah wani’mal wakil wani’mal maula wani’man nasir
Khabarkan berita gembira
Bagimu syurga
Bagimu syurga
Bagimu syurga

Lagu: Bazli UNIC
Lirik:Fedtri Yahya

Alhamdulillah. Moga bermanfaat buat semua (‘’,)

No comments:

Post a Comment