"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Sunday 5 April 2015

Mendahului cinta Allah


Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tidak meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-galanya
(kerana cinta-inteam)

Cintaku tak pernah memandang siapa kamu
Tak pernah menginginkan kamu lebih
Dari apa adanya dirimu selalu
Cintaku terasa sempurna karena hatimu
Selalu menerima kekuranganku
Sungguh indah cintaku
(indah cintaku-nicky tirta & Vanessa angel)

Mencintai dicintai fitrah manusia
Setiap insan di dunia akan merasakannya
Indah ceria kadang merana itulah rasa cinta
Berlindunglah pada Allah dari cinta palsu
Melalaikan manusia hingga berpaling dariNyamenipu daya dan melenakan
Sedarilah wahai kawan
(cinta-the fikr)

Banyak lagi lagu tentang cinta ni kalau nak senaraikan. Selalu kan kita bicara soal cinta. Apa yang ada pada cinta? Semua orang tahu dan jelas cinta itu adalah satu anugerah dari Allah. Dari pandangan kita sendiri dapat menafsirkan bahawa cinta itu indah. Betul tak? Ana sendiri pun merasakan bahawa cinta itu indah. Cinta secara zahirnya adalah perasaan suka, sayang yang muncul dari lubuk hati yang dalam. Pertama kali ingin mengenal secara dalam tentang cinta setelah menonton sinetron ketika cinta bertasbih. Cinta yang betul2 bersandarkan Ilahi. Terlalu banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari sinetron itu.

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah malang jadi untung,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah setan jadi nabi,
Mengubah iblis jadi malaikat,
Mengubah sakit jadi sehat,
Mengubah kikir jadi dermawan,
Mengubah kandang jadi taman,
Mengubah penjara jadi istana,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah CINTA

Sahabat2 tahu tak dari mana datangnya cinta itu? Dari akar pokok ke? Dari tanah ke? Atau dari hati? Ya! Memang dari hati. Tapi hakikatnya dari siapa? Mudah sahaja. Siapa pencipta kita? ALLAH. Siapa pencipta hati? ALLAH. Jadi sudah jelaslah cinta itu juga datangnya dari ALLAH S.W.T.

CINTA DATANG DARI ALLAH
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah. Tidak sama sekali kita menyerahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan kita sepatutnya menyerahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada penciptaNya. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Ilahi, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Biasa kita mendengar kata2 orang sekeliling, “cinta itu buta”. Ya! Cinta itu memang buta. Tetapi ia tidak akan membutakan manusia yang memiliki iman.

Sahabat2 pernah mencintai seseorang? Pernah dicintai seseorang? Hehehe. Soalan ini mungkin dah banyak pengalaman sahabat  lalui kan? Cuma bagaimana situasi dan cara penerimaannya sahaja yang berbeza2. Masa di diploma baru merangkak2 nak faham soal ni. naik ijazah di Mesir, bila pengalaman terkena pada diri sendiri, baru rasa nak belajar bagaimana nak lalui dengan berhemah. Ana sendiri sedar dan pernah merasa mencintai seseorang. Mencintai? Tak pastilah cinta ke suka. Rasa juga hati sakit kerana tak dibalas. Bukan tak dibalas tapi sebab tak tahu lah orang tu suka kita ke tak. Senang citer syok sendiri lah kot. Hahaha. Yela. Bila kita dah kenal seseorang, baik akhlaknya, keluarganya, fikrahnya, caranya, walaupun kenal melalui orang tengah atau erti kata lain kenal seseorang bukan dari tuan badannya tetapi dari sahabat lain, memang akan terdetik sedikit perasaan tu walaupun sebenarnya tak mengundang pun orang tu muncul dalam hidup kita. Lepas kenal, cuba untuk kenal lagi. Solat istikharah minta petunjuk Allah, doa tidak putus2, Allah, tenang mimpi tapi kenapa sebaliknya jadi macam ini? Menangis, menangis dan terus menangis sambil berdoa. Rasa tidak kuat seorang diri, berkongsi cerita dengan kakak. Kakak nasihat tidak putus2. Cukup mengambil masa yang lama juga tempohnya. TETAPI, bila jadi macam ni, sedar kah kita kenapa Allah atur macam ni? Allah kejam ke nak bagi hati sakit? Saja nak mempermainkan ke? Allahuakbar. Ujian hati sebenarnya banyak mengajar kita untuk sabar, kuat, bersangka baik dengan Allah, menahan segala emosi dan banyak lagi. Mungkin setiap pengalaman dan cara penerimaan kita semua berbeza. Kadang2 ada juga yang merasakan remuknya hati tatkala apa yang kita cintai tidak dimilikinya. Alangkah kecewanya jiwa jika cinta kita tidak terbalas. Ternyata, cinta itu bukan milik kita!

Firman Allah dalam surah AnNur:26
Perempuan2 yang keji untuk lelaki2 yang keji, dan lelaki2 yang keji untuk perempuan yang keji. Sedangkan perempuan2 yang baik untuk lelaki2 yang baik, dan lelaki2 yang baik utuk perempuan2 yang baik.
Perbaikilah setiap inci kehidupan kita bukan hanya mengharapkan cinta itu datang. Allah memberi cinta itu yang baik, maka laksanakanlah dengan baik juga.

Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada zaman ini. Dengan pelbagai kemudahan teknologi antaranya whatsup, wechat, line, skype dan banyak lagi. Cinta perlulah diatur dengan baik. Diatur dengan bersandarkan Allah. Bukan mengikut nafsu sendiri. Sudah banyak cerita yang menyedihkan yang kita dengar tentang cinta. Membunuh diri, menggoreskan anggota badan hingga luka, menangis siang malam, kebanyakannya mendahuluikan emosi. Adakah kita rasa puas dengan tindakan kita itu? Berbalik kepada Allah. Adakah Allah menerima perbuatan manusia yang menyakitkan diri sendiri? Namun seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi disebalik ujian yang Allah beri. Lebih2 lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya terlebih dahulu. Sebagai contoh, ketika seseorang meluahkan perasaannya  kepada orang yang disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke jinjang pelamin. Namun mereka putus di tengah jalan. Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali sukar untuk menghadapinya. Bila tidak berhati2, boleh menyebabkan kekecewaan dan mempengaruhi hingga ke sendi2 kehidupan seseorang dan banyak lah tindakan yang teruk2 berlaku hingga mecelakakan diri sendiri seolah2 putus cinta itu akan putuslah segala harapan untuk hidup. Sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih saying dari Allah. Cinta dan kasih tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan kasih dari sesiapa pun. Janganlah sampai kita kehilangan pegangan hidup iaitu ISLAM. Sesuatu yang kita peroleh adalah yang terbaik dari Allah, meskipun pada awalnya kita memahami dan merasa sakit, tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita akan ikhlas menerimanya.

Cinta bukan hanya difokuskan untuk manusia. Kene sedar dan buka mata bahawa cinta itu untuk semua. Cinta Allah adalah utama. Cinta alam, udara, air, tumbuhan2, haiwan2 dan segala yang berada di sekeliling kita. Kerana apa? Islam juga mendidik untuk mencintai semua itu. Jangan kerana cinta manusia, kita buta akan penciptaanNya yang lain.

Nasihat dari ana sendiri ingin sekali ana nak kongsikan, cinta itu memang indah. Yang mengalami pelbagai ujian itu bukan cinta itu yang salah, tetapi cara menzahirkan cinta itu. Elakkan dari berkawan berlebih2, erti kata lain, berkawanlah hanya yang bertujuan. Tidak salah sama sekali nak berkawan tapi masing2 tahu tahap iman kita kan. Syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan manusia. Tetapi, elakkanlah diri dari bercouple. Tidak ada istilah couple islamik. Kalimat couple sahaja kita dah tahu apa maksud couple. Couple tu adalah suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan pandangan mata. Kemudian turun ke hati. Kemudian saling mengutus senyuman dan mula lah cinta itu berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing2 masuk ‘line’. Berbalas2 nota, berbalas2 memek muka, berbalas2 voice. Akhirnya dua insan ini saling menyukai antara satu sama lain maka mereka mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian couple.

Yang sudah merasakan cinta seseorang atau dicintai, berdoalah. Minta petunjuk Allah dengan istikharah. Kadang2 kita tidak mampu untuk bangun awal sebelum subuh, berdoalah setiap selepas solat fardhu, solat sunat hajat meminta padaNya, solat sunat taubat merintih padaNya, perbaiki diri untuk menjadi yang baik supaya Allah datangkan yang baik untuk kita juga. Yakin dan sangka baiklah dengan Allah. Jaga hubungan atas jalan yang Islam ajarkan.

Yang putus cinta, teruskan berdoa. Allah rindukan rintihan hambaNya. Ada yang lebih baik Allah nak beri. “Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (AlBaqarah:286)







Doa untuk dikongsikan bersama ('',)




Dan yang terakhir, mari sama2 menghayati satu alunan nasyid yang sangat mengesan di lubuk hati.

“Rasa cinta,
Adalah satu anugerah Tuhan pada hambaNya,
Dan kerananya manusia sanggup apa saja,
Asalkan dia memiliki apa yang dicita,
Kerna cinta,
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa,
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang dicinta,
Ingin bersama sepanjang masa,
Tetapi pastikah cintamu dihargai,
Mungkinkah si dia kan tetap setia,
Setelah kau serah jiwa dan ragamu,
Mungkinkah kau pastikan tidak kan dihancurkan,
Jika kau mencintai bunga,
Sedarlah engkau bunga itu kan layu,
Jika engkau cintakan manusia,
Sedarlah suatu hari dia kan pergi,
Jika kau mencintai harta,
Harta itu nanti kau akan tinggalkan,
Jika engkau mencintai Ilahi,
Hanya Dia yang akan kekal abadi.
Cintailah Ilahi…”

Cintailah Allah, pasti yang lainnya akan datang. Amin…

Persoalan yang selalu bermain difikiran!!!

Adakah sahabat merasakan cinta itu hanyalah bala? Racun?  Kerana menyakitkan hati kita? Cinta tidak di balas?
Apakah kita sudah merintih padaNYA, meminta padaNYA, dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepadaNYA???
Tepuk dada Tanya iman sahabat masing2.
Moga bermanfaat buat semua. wallahua'lam. assalamualaikum ('',)

No comments:

Post a Comment