"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Friday 24 April 2015

Imtihan Kembali Lagi!!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Perkongsian dari seorang junior di Mesir| Nur Aqilah bt Zakaria

Hish… ‘tension’ la…” teriak seorang ahli beit dari bilik sebelah. Lalu ku buru suara itu dan mendapatinya. “kenapa ni kak long? Kak long ada masalah ke?” tanyaku dengan nada sederhana. Moga-moga dia tertarik padaku.
Nak dekat imtihan ni, selalu sangat sakit kepala. Banyak dah study tapi tak masuk…” Kak long mengadu mengharapkan perhatian.
Setiap manusia perlukan perhatian untuk berkongsi perasaan kasih sayang. Setiap manusia juga perlukan kekuatan untuk saling bergantung harap. Saat-saat imtihan inilah ramai diantara kita yang terlepas pandang hubungan antara ahli beit, adik beradik usrah dan sahabat-sahabat yang dikatakan sahabat seperjuangan. Sedar atau tidak, mereka punyai masalah cukup besar yang sudah lama membungkam. Sebagai sahabat prihatin, teruskanlah mendekatinya dan bertanyakan khabar agar masalah itu tidak dipendam sehunggakan boleh memakan dirinya sendiri.

Apakah langkah terbaik untuk persediaan imtihan?
Wahai teman-teman seperjuangan, langkah utama bagi persediaan sebelum imtihan adalah dari sudut pengurusan masa. Seorang pelajar mesti mengetahui bilakah tarikh peperiksaan yang akan dihadapinya? Hari apakah yang akan dihadirinya? Madah apakah hari tersebut untuk dibuat persediaan? Semua inilah yang akan menentukan berapa kalikah kita akan ulangkaji. Berapa jamkah kita perlu fokus? Dan kita juga boleh lihat sendiri berapa banyak usaha persediaan kita untuk menempuh imtihan. Mudahkan kalau dibandingkan dengan situasi di atas. Sangat mudah juga sekiranya kita sendiri yang mengaturnya dengan membuat jadual belajar, nota kecil dan buku nota sendiri sebelum imtihan. Sekurang-kurangnya berkuranglah tension kita.

Badan yang kurang sihat juga semestinya diambil berat. Akibat pemakanan yang kurang seimbang telah memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Lantas melemahkan seluruh anggota badan saat-saat menjelmanya peperiksaan. Pemakanan yang seimbang sebenarnya dapat membantu minda dan anggota badan bergerak dengan sempurna. Kadangkala ia juga memberi semangat kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Tidakkah anda merasa rugi jika melihat teman anda sendiri sedang study sedangkan anda masih terbaring di atas katil? Pasti sahabat-sahabat ingin mengulangkaji bukan?

Biasanya seorang pelajar yang cemerlang mereka sentiasa berusaha sehabis mungkin sebelum menjelang peperiksaan. Kadangkala segolongan mereka juga sentiasa meletakkan target untuk mencapai sesuatu kefahaman dengan baik pada waktu yang tertentu. Jadi sebagai seorang pelajar teruskanlah berusaha mencapai kejayaan tersebut bukan hanya semata-mata kerana peperiksaan tetapi kefahaman ilmu yang perlu dimanfaatkan dan disebarkan pada ummah. Moga-moga buih ilmu yang disebar menjadi bekalan buat akhirat.

Akhir sekali, peliharalah hubungan kita bersama Allah dan bersama manusia terutama hubungan antara ibubapa supaya diberi kemudahan untuk menjawab soalan peperiksaan. Luaskanlah memberi kemaafan kepada orang lain samada melakukan kesilapan atau tidak. Kita juga perlu memastikan waktu-waktu sebelum peperiksaan diuruskan dengan baik dan fokuskan mata pelajaran yang susah. Disamping itu juga, peliharalah kesihatan diri dengan sebaiknya sehingga menjelang peperiksaan agar tidak memudaratkan diri sewaktu peperiksaan tiba. Setelah berhempas pulas berusaha, letakkan keyakinan dan tawakkal sepenuhnya kepada Allah. Berdoalah supaya kejayaan milik bersama. Bittaufiq Wannajah.

Doa mula ulangkaji

اللهم إني أسألك فهم النبيين وحفظا المرسلين والملئكة المقربين.اللهم اجعل لساني عامرا بذكرك قلبي مَلِيئًا بخشيتك إنك على ما تشاء قدير

Doa selepas ulangkaji

اللهم إني أستودعك ما قرأتُ وما فهمتُ وما حفظتُ فردَّهُ إليَّ عند حاجتي إليه إنك على كل شىء قدير

1 comment: