"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Friday 10 April 2015

MTQ parit pembawa semangat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.......

Alhamdulillah panjatkan syukur terhadap Illahi kerana masih berpeluang bertemu sahabat2 di sini dan dapat berkongsi kisah hidup ana dan mungkin ada input yang berguna untuk sahabat2 ambil sebagai pengajaran dan nasihat. Dah 23 tahun diberikan nikmat hidup dalam bumi Allah ini, diberi didikan di setiap sekolah2, universiti dari tidak tahu apa2 sehinggalah sekarang yang jauh dari keluarga. Menuntut ilmu di sana sini. Apakah lepas ni ilmu yang ada dalam dada ini akan berguna untuk orang lain? Atau hanya untuk diri sendiri? Atau sekadar untuk mendapatkan pangkat di setiap peringkat pengajian? UPSR! PMR! SPM! DIPLOMA! IJAZAH! MASTER! PHD! Berkejar2 untuk mendapat nama? Ya Allah, jauhkanlah kami dari golongan seperti ini. Berkatilah ilmu yang kami peroleh, jadikan kami di antara golongan orang yang memberi manfaat untuk orang lain. Amin.

Setiap orang mempunyai semangat masing2 berdasarkan pengalaman hidup kan? Hehe. mesti akan ada punya. Mustahil kalau semangat tiba2. Hehe. contoh macam ni la, sebelum kita buat sesuatu, mesti kita akan fikir dulu apa yang menyebabkan kita nak berusaha bersungguh2 atas apa yang kita lakukan? Faham x? macam berkias pulak. ok. Contoh yang mudah. pertandingan lumba lari antara sekolah2. Kita adalah peserta sebagai wakil sekolah tersebut. Masa pertandingan bermula, apa yang kita akan buat? pastinya berlumba bersungguh2 betul tak? untuk apa? untuk mendapatkan kemenangan dan mengharumkan nama sekolah. betul? inilah maksud ana sebelum melakukan sesuatu, pastinya perlu ada semangat untuk melakukan perkara tersebut. 

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 2 Parit Perak menjadi semangat dalam hidup ana sampai sekarang. Di sini mula faham erti berdikari, mula faham erti berkawan, bergaul. Berdikari hanya bergantung pada sahabat2, pada senior, dengan hidup dalam kawasan yang sangat dhoif, keliling hutan, rumah buruk yang menyeramkan, kubur, semak2, kalau ular tu memang dah biasa nampak depan mata lah, tempat yang sedikit keras “keras dengan makhluk halus”, kawasan yang suram, tak tahu nak gambarkan macam mana keadaan kawasan sekolah kami. Bukan lah dalam impian ana nak bersekolah macam tu. Ini pun dipaksa. Dipaksa ibu ayah atas permintaan opah. Dengan berbantah dalam hati, ikut juga. 2005 pada tingkatan satu mulalah kehidupan yang jauh dari family. Sudah menjadi kebiasaan pelajar tingkatan satu hanya bertempatkan di asrama. Dah biasa dah duduk asrama. Dari sekolah rendah lagi. Tapi ni dalam keadaan terpaksa ikut, tu yang hati memberontak seorang diri. Ya Allah!!!! Tak nak masuk xnak masuk. Tak nak hafal quran! Tak minat! Tak mampu! Macam2 dalam hati ni berkata. Bermula pembelajaran yang sungguh tak sama dengan sekolah lain, langsung tak bergaul dengan kawan2, hati masih memberontak. Tak terima kenyataan yang dah ditempatkan di sini. Sungguh, makan masa yang lama nak serasi, makan masa nak terima pembelajaran baru, akademik tak ada. Hanya pengajian agama itupun sikit2. Bab makan tak payah cter lah. Huhu. Nak terima suasana lagi. Tak ada warden. Ada warden pun tak sepanjang tahun. Itupun bertukar2. Kalau suruh senaraikan nama warden sepanjang keberadaan ana disitu memang tak semua lah yang sebut. Hehe.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, hati mula tertarik dengan kehidupan di sana. Tertarik dengan didikan senior untuk kami adik2. Tertarik dengan kehidupan di sana yang sangat unik. Sangat2 unik. Kampung pun tak macam ni. Kami dah ibarat macam adik beradik. Hanya tak sampai 30 orang pelajar dan tenaga pengajar pun tak ramai. Ditempatkan pelajar di dua buah rumah sahaja yang menjadikan rumah itu asrama. Sebuah di bahagian depan jalan raya yang terbuka kawasannya dan sebuah lagi di bahagian belakang, dekat dengan semak samun, rumah buruk, kubur yang ana cakap tadi dan agak tersorok. Belajar hidup yang sederhana. Berdikari. Berdisiplin. Walaupun kami hanya pelajar, bertemankan makcik kantin, sangat berperaturan. Lengkap. Dari bangun tidur sehingga masuk tidur. Jadual padat. Bangun tidur sebelum azan, kendiri siapkan diri untuk solat subuh, berzikir, al-mathurat, tak ada yang terlepas solat berjemaah, bertugas di setiap sudut asrama, bersihkan tempat sendiri takut ada yang kene marah sebab tempat tak bersih, siap sarapan dengan berpakaian sekolah, terus ke perhimpunan pagi. Di cuci hati dengan nasihat oleh pengetua sekolah ustaz nasir bin hasan sebelum ke kelas. Mula lah kelas quran. Masing2 menunggu giliran untuk tasme’ (menghantar muka surat baru depan ustaz). Hehehe selalu kene marah, kene ketuk kepala dengan ustaz, kene perli, itu semua menjadi pendorong untuk terus lakukan yang terbaik lepas ni.

“awatif! Ustazah nak jumpa kamu dalam bilik nanti.”
“awatif! Ustaz terasa dengan kamu.”
“awatif! Kamu hafal macam mana?”
“awatif! Jangan main! Hafal!”
“awatif!”
“awatif!”
“awatifffffffffffffffffffffffffffffff!”
Ni belum senarai lagi kene dengan senior yang jaga ana. Hehehe. Nakal nya lah kamu ni awatif. Hehehe.

Kami kelas mengaji tumpang di surau kampung yang dikenali dengan "surau merah" sebab surau tu warna merah. hehe. Kelas madah lain di kelas bawah surau. Tapi orang kampung dah buat kami macam anak2 deorang. Sangat penyayang. Lepas habis kelas, makan tengahari. Ambil pinggan cawan masing2 turun ke kantin untuk menjamu selera sebelum solat zohor. Selesai makan, sebelum zohor, qoilulah (tidur siang cara Rasulullah). Yang dimaksudkan qoilulah istirehat di tengah hari walaupun tidak disertai tidur. Kalau sahabat nak tahu, qoilulah ni dah menjadi kebiasaan Rasulullah dan sahabat2 nya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang qoilulah ni, bleh la search ye. Hehehe. Lagi beberapa minit zohor masuk, masing2 kejut sahabat2 bangun untuk bersiap zohor berjemaah pula. Berkumpul dalam soff solat, dan diimamkan mengikut jadual yang dah ditetapkan. Selesai solat, kami berkejar pula untuk ke kelas iadah. Kelas mengulang quran. Kalau tersengguk2 tu biasa lah. Tengahari kan. Memang mengaji dalam mimpi pun ada. Habis dua jam berlalu, masing2 pulang ke asrama untuk siap solat asar berjemaah di sambung pula membaca al-mathurat, rehat,  kendiri, bertugas lagi dan siap untuk maghrib pula. Sebelum maghrib macam biasa makan malam. Selesai makan malam, semua diarahkan berkumpul untuk membaca al-quran (surah2 pilihan) berjemaah, bernasyid lagu “suarul quran”, hehe. Ini adalah rutin harian kami sebelum solat maghrib. Selepas selesai solat maghrib, bersiap pula untuk kelas menghafal muka surat baru untuk dihantar pada ustaz esok pagi nya. Masing2 tekun menghafal. Selesai kelas malam, bersiap untuk solat isyak. Selepas solat isyak, masing2 buat kerja sendiri. Ada yang sambung menghafal, ada yang membasuh baju, ada yang makan, ada yang menggosok baju sekolah untuk esok, ada yang menyembang, sehinggalah jam sebelas malam, semua mula melelapkan mata untuk simpan tenaga esok pagi. Ini lah rutin kami setiap hari isnin-jumaat. Memang padat tapi sangat2 manfaatkan masa.

Peraturan sangat2 lah berguna untuk kita. Untuk kita sebagai seorang pelajar supaya akan datang akan menjadi orang yang berdisiplin. Dalam islam pun tekankan disiplin kan. Dalam muwasafat tarbiyah yang ana ada kongsikan sebelum ni pun ada sebut soal disiplin. Hari jumaat adalah hari yang istimewa buat kami dan buat semua pelajar di sekolah2. Sebab apa?? Sebab cuti! Ya. Cuti. Bebas. Hehe. Tak terikat dengan kelas. Tak terikat dengan peraturan sangat. Hehehe. Hari jumaat malam tak selalu lah, kami semua pelajar berkumpul, tidur beramai2 untuk qiamullail bersama. Radio ikim terpasang sambil melakukan aktiviti sendiri. Dengar radio tu pun dah rasa bahagia. Enjoy sikit kepala otak ni. Tapi ni pun ada peraturan juga. Hehe. Sampai jam 12 malam je. Mula jam 12 malam, semua kene pejam mata dah untuk bangun qiamullail. Qiamullail tu sahabat tahu tak apa dia?? Meh nak bagitau. Qiamullail ni adalah amalan di malam hari iaitu bangun 2/3 malam atau sekurang2nya 1/3 akhir malam untuk beribadat kepada Allah. Waktu ini adalah masa teristimewa dan turunnya rahmat Allah ke bumi. Orang yang mengamalkan qiamullail akan diangkat darjat dan dihapuskan dosa2 mereka.

Ada Rasulullah bersabda, “ hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang yang soleh, sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah dosa.” (HR Muslim)

Malam adalah waktu paling hebat dan istimewa sehinggakan Allah menyifatkannya sebagai malam yang berkat seperti dalam Firman Allah,

“ dan lagi dalil yang terang (tanda kebesaran Allah) untuk mereka (berfikir) ialah malam, Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita.” (surah yasin:37)

Ada beberapa ayat al-quran yang menceritakan tentang solat malam ini. Antaranya:
Firman Allah, “ dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta dirikan solat tahajud padanya sebagai solat tambahan bagimu. Semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (surah al-isra’:79)

Qiamullail pula dibahagikan group. Mula jam 2 pagi, group pertama bangun untuk qiamullail dalam masa yang ditetapkan. Ada yang membaca quran, berzikir, solat. Selesai group pertama, mereka mula kejut group yang kedua untuk qiamullail sebelum group pertama sambung tidur. Ada juga yang sambung mengaji, zikir atau seumpamanya, terpulang pada diri masing2. Selesai group kedua, giliran mereka pula mengejutkan group seterusnya untuk qiamullail sehinggalah group yang terakhir. Group yang terakhir pula mengejutkan semuanya untuk siap solat subuh berjemaah. Maniskan. Sangat manis qiamullail berantai. Sentiasa saling mengingati antara satu sama lain. Boleh lah praktikkan di sekolah sahabat2 pula ataupun universiti J in syaAllah ini akan meninggalkan kenangan yang sangat2 manis, dan mungkin akan menjadi satu rutin yang istiqamah sahabat lakukan.

Kebiasaan hari sabtu pula kami dikerahkan untuk bergotong royong asrama, luar kawasan asrama, kantin senang cakap semua kawasan lah. Gotong royong membersihkan kawasan sekolah. “kebersihan itu kan separuh daripada iman”. Dan hari minggu iaitu hari sabtu dan ahad adalah hari yang gembira bagi pelajar. Keluarga datang melawat anak2, outing, call family. Rindulah katakan. hehe keluarga yang tak datang, mengendap tengok melalui tingkap pun jadi. Malam minggu pula ada siaran untuk release tension. Tengok cerita carekarama. Selesai rancangan, kene buat pengajaran dari cerita tadi dan tampal di depan pintu almari. Huhuhu. Sangat merindui tarbiyah di sekolah dulu. Di sini lah diri ini bertatih sendiri. Dalam keadaan terpaksa meredhakan diri untuk terima. Alhamdulillah Allah buka juga hati ini untuk terima akhirnya tempat ini lah yang menjadi pendorong semangat. Haaa!!!! Ada satu lagi perkara yang tak cerita. Hehehe ini adalah kenangan pahit jugaklah. Sangat pahit sepanjang berada 4 tahun di sekolah ini. Masa di tingkatan 3, kami akan menduduki peperiksaan pmr dan pastinya memerlukan guru tambahan untuk mengajar subjek akademik. Tapi belajar pun empat subjek je, matematik, sains, bahasa melayu dan bahasa inggeris. Setiap minggu kami dihantar ke tempat belajar lelaki yang jauhnya dalam 15 minit lebih kurang lah tak ingat dah untuk persediaan sebelum menduduki peperiksaan pmr. Belajar menggunakan buku yang terpakai. Datang memang dengan hati yang terpaksa. Terpaksa berdepan dengan pelajar lelaki yang nakalnya ya Allah, hanya Allah yang tahu. Setiap minggu datang, pasti ada sahaja rancangan mereka tak lain tak bukan nak menyakitkan hati pelajar perempuan. Kacau dengan binatang2 yang menggelikan, letak benda atas pintu, dan bila pintu dibuka, jatuhlah atas siapa yang buka pintu itu dulu. Banyak benda lah kalau nak senaraikan apa yang mereka buat. Sampai fobia pun ada bila tiba hari minggu. Arghhhhhh memang geram. Tapi sekarang semuanya dah berubah, mungkin dah tak macam dulu. Yela masing2 dah berjaya dengan kerjaya masing2. Alhamdulillah. Mesti ada yang tertanya2 macam mana nak menghadapi peperiksaan besar dengan belajar keadaan macam ni? Buku tak lengkap. Nota tak ada. Subjek kemahiran hidup, kami hanya menggunakan lebihan2 peralatan di sekolah yang kami menumpang untuk menduduki peperiksaan pmr. Tapi Alhamdulillah Allah membantu. Masih boleh mengulangkaji sendiri2, mengulangkaji bersama sahabat2 walaupun kami tidak tempuhi peperiksaan percubaan. Terus menduduki peperiksaan besar pmr. Walaupun kami tidak lengkap dengan kelengkapan untuk belajar, ini bukan bermakna kami tidak boleh jadi macam pelajar biasa yang lain. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Kami hidup dalam keadaan yang dhoif. Dengan asrama yang berlubang2, kalau orang buat pantauan ni, mesti dapat asrama baru kan. Hehehe. Tapi kami tak kesah semua tu. Sebab kami dah bahagia hidup dalam keadaan macam ni. Semak2 belakang asrama yang berdekatan kubur, kami bina kebun, ulam2, terung rembang, cili, kangkung, rozel, tebu, ubi, tak ingat dah lah apa lagi. Siap buat pondok lagi untuk rehat2. Kalau cuti2 boring, pegi ramai2 ke sawah padi di kawasan kampung tu juga. Yang bestnya kami dikelilingi pokok buah buahan. Buah durian, ciku, rambutan, kwining, mempelam. Ulam2 tu lagi banyak. Yela, duduk pun dekat dengan semak kan. Memang banyaklah ulam. Kami tak ada kokurikulum, tak ada aktiviti2 yang ditetapkan oleh pihak sekolah macam sekolah lain. Kami lah yang bina aktiviti sendiri antara kami. Kami jugalah yang bina suasana di sana.

Alhamdulillah dalam masa nak terima suasana yang seperti itu, Allah masih memilih kami tergolong dalam menghafal ayat2Nya. kalamNya. Ini adalah nikmat yang sangat bermakna. Walaupun ujian sepanjang menjaga kalamNya sangat berat. Sangat berat hanya Allah yang tahu. Betul kata ustaz ustazah kami, orang yang menjaga kalam Allah ni la akan terima ujian yang sangat berat. Satu perkara je yang kami semua kene pegang. KUAT!!! Ye kuat. Yakin. Baru merasa ujian yang macam mana mereka maksudkan. Teringat pertama kali kenangan yang paling menakutkan berlaku. Dah menjadi kebiasaan kami bangun sebelum subuh untuk menghafal al-quran kerana masa itu otak fresh untuk masuk apa yang dihafal. Pada masa itu, semua pulun (bersungguh2) menghafal, terdengar satu bunyi yang aneh, bunyi yang sangat menakutkan. Seolah2 macam ada orang guling2 atas bumbung. apa pertama yang ana fikirkan?? POCONG?? haha sebab biasa dengar cerita2 ni kalau guling2 ni pocong lah kan. Semua senyap. Kami ketakutan. Masing2 pandang antara satu sama lain. Tiba2 kakak yang menjaga kami bersuara “dah2. Sambung mengaji. Tak ada apa tu. Biasalah. Nak mengganggu lah tu. Dah2. Teruskan mengaji. Jangan peduli. Jangan layan.” Masing2 pun teruskan mengaji. Lagi mengaji lagi kuat bunyi aneh itu. Huh. Lagi rasa terketar satu badan. Terus duduk dekat dengan kawan. Dalam masing2 mengaji, kakak yang bersuara tadi keluar ke balkoni untuk tengok di sebalik lubang2 bumbung. Kami nampak muka dia pun ada sedikit ketakutan tapi dapat merasakan dia hanya yakinkan kami untuk tidak berfikiran yang bukan2. Dia lah kakak yang menjaga kami sepanjang kami tidak ada warden, mungkin dia rasa bertanggungjawab atas kami. Alhamdulillah. Moga Allah berkati hidupnya. Banyak kalau nak diceritakan kisah yang menyeramkan berlaku di teratak kami ini. Tapi masih lagi semua bertahan berada di sini dan teruskan belajar. Histeria tu memang dah biasa lah berlaku. Tapi hati masing2 tetap berlawan, dengan memegang keyakinan bahawa kami ada Allah, kami membawa kalam Allah. Gangguan2 makhluk halus ini sentiasa berusaha dekat untuk mengganggu. Syaitan sentiasa akan berusaha untuk menyesatkan manusia untuk terus berbuat kebaikan. Jadi teruslah dan jangan pernah berhenti untuk terus melangkah ke arah kebaikan. Ujian bagi orang yang berusaha melakukan kebaikan akan semakin kuat kerana Allah dah janjikan syurga untuknya.

Inilah kehidupan kami di teratak yang sekarang tidak ada lagi pelajar yang menetap di situ. Sangat2 merindui tempat ini. Tempat yang mengajar banyak erti hidup, yang mengajarkan kami kuat, sabar tempuhi kehidupan seterusnya di tempat lain. Sehinggalah 2008 habis pengajian ana di Maahad ini kerana terpaksa menyambung di sekolah lain untuk menduduki peperiksaan spm pula. Ini juga terpaksa mengambil masa untuk terima, adakah aku akan meninggalkan sekolah ini?? Dapat panggilan dari ayah “watif, ayah ngan ibu dah daftar masuk sekolah Maahad Al-Khair lil Banat kat Taiping.” Meraung tak berhenti2. yaAllah. Semuanya diatur oleh ibu ayah. Tapi apakan daya, ibu ayah yang berhak menentukan hidup anaknya. Selagi mereka menentukan yang baik2, tak boleh membantah. Ya! Ini yang terbaik. Mereka dah menentukan yang terbaik. Sangat terbaik. Kalau tak, tak sampai impian sendiri untuk ke Mesir. Terima kasih Allah! Allah dah makbulkan impian sendiri melalui ibu ayah. Terima kasih ibu ayah! Terima kasih kerana dah buat yang terbaik untuk aku. “Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa.” Alhamdulillah perjalanan kehidupan yang cantik Allah aturkan untuk hambaNya.

Untuk sahabat2, coretan yang panjang lebar ini bukan hanya untuk menghiburkan, bukan hanya untuk mengisi masa lapang membaca, tetapi ambillah sedikit input untuk mempraktikkan dalam kehidupan sahabat2, supaya kita ini tergolong dikalangan orang yang memberi manfaat untuk orang lain.

Gambar2 asrama bahagian depan yang terkini
pintu utama Maahad (terkini)

wajah asrama depan dari luar. dan bahagian bawah pejabat

 kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama

  kawasan bawah asrama (dulu tak ada kolam macam ni)

  kawasan bawah asrama

 kawasan luar asrama. atas asrama. bawah pejabat. tempat perhimpunan pagi

  kawasan bawah asrama. tangga untuk turun ke kantin

 Tangga menuju ke kantin

 keadaan dalam asrama yang dah lama ditinggalkan, kini hanya tinggal kenangan

 dalam asrama

  dalam asrama

  dalam asrama

dalam asrama

kawasan luar asrama, yang menjadi tempat kami bermain. dikelilingi dengan pohon buah buahan


pondok tempat berehat. pondok ni dibina selepas ana keluar dari Tahfiz ni

Gambar2 asrama bahagian belakang yang terkini
 inilah wajah asrama belakang warna coklat yang kini menjadi kenangan

bahagian atas asrama. bahagian bawah rumah makcik kantin. kini, kedua2 kosong. asrama ini lah yang sedikit menyeramkan. tapi lebih banyak meninggalkan kenangan manis

 inilah surau merah tempat kami menuntut ilmu. atas surau. bawah kelas madah. bawah tu lah tempat kami menduduki peperiksaan setiap tahun. bersebelahan kubur. berdekatan kubur inilah kami bina kebun, tapi sekarang dah musnah. dah tak ada yang nak mewarisi. hehe

kantin yang kini dah berubah. dulu terbukak. hujan pun boleh masuk. tepi belah kanan tu lorong kecik yang keliling zink nak ke asrama belakang

 pekan parit

Gambar2 yang dikongsi dari sahabat ana yang kini menjadi tenaga pengajar di sini. Hanya tinggal pelajar lelaki sahaja yang jauhnya dalam 15 minit.


 wajah2 murabbi kami di Mtq
 pengetua Mtq Parit Ustaz Nasir Bin Hasan

 ustaz asri

 ustaz sabri

ustaz masri

ustaz ku
kak mala (kerani Mtq)

ustaz azman


ustaz badri


ustaz turob


ustazah qila


ustazah zahra


ustazah huriyyah

ramai lagi guru2 tapi tak dapat jejak mereka yang lain. hehehe. Lepas baca kisah sekolah ana ini, jangan ada pula yang takut ye :) walaupun kini keadaan dah tak macam dulu, kami tetap merindui suasana, murabbi2, warden2, orang kampung, makcik kantin dan sahabat2 yang sentiasa senang susah bersama.

Buat Murabbi ana, terima kasih atas jasa kalian. Moga Allah memberkati hidup kalian, doakan kami semua berjaya dan menjadi hamba Allah yang diredhai. Kalian adalah yang menerangi kehidupan kami. ana sayang Murabbi ana Lillahi Taala.

Buat sahabat2 ana di Tahfiz ini, jangan lupa ukhwah yang kita bina selama ni. Ana sentiasa merindui kalian. Banyak kenangan yang kita bina bersama. Sayang kalian Lillahi Taala. 
Buat makcik kantin, makcik Ani dan Makcik Ti, terima kasih atas layanan kami yang comel2, yang nakal2 ni, menyediakan kami makanan sepanjang kami di sini.


moga kisah ini bermanfaat buat semua ('',)
teratak yang meninggalkan beribu kenangan. 
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 2 Parit sentiasa terpahat di hati ^_^

No comments:

Post a Comment