"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen.
Lesen itu ialah ISLAM. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen."

Monday 27 April 2015

Kisah Keajaiban Telaga Zam-zam


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum korang ^_^

musim exam ni macam penat asyik study je kan. Meh nak share satu benda yang mungkin korang pun terkejut dan perasaan x sangka tu akan muncul. Entry kali ni ana nak kongsikan kisah yang sangat teruja sekali dengan keajaiban Allah. MasyaAllah, tak pernah terfikir dek akal yang kecik ni. Hehe jom baca.

KISAH KEISTIMEWAAN TELAGA ZAM2.
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam2 boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. Subhanallah…
Seorang pengkaji diperintahkan oleh Raja Faisal untuk menyelidik telaga zam2 bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.

Berapa juta liter zam2? Berapa banyak air zam2 yang diambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang. Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang 2 juta orang. Semua Jemaah diberi 5 liter air zam2 ketika pulang ke tanah airnya. Jika 2 juta orang membawa masing2 5 liter air zam2 ke Negaranya, ini sahaja menjadi 10 juta liter.

Di samping itu, sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya Jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari, maka jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam2.

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam2 tidak sihat untuk diminum. Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, air zam2 itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama2 air hujan dan keluar dari telaga air zam2. MasyaAllah.

Berita ini sampai ketelinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam2 ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah mendapat tugas menyelidikinya. Pada masa memulakan tugasnya, Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam2 boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya. Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut melihat bahawa “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki sahaja (kira2 5 x 4 meter). Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali  musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS. Penyelidikannya menunjukkan bahawa mata air zam2 boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci. Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun. Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar. Jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun naiknya permukaan air secara tiba2. Tetapi dugaannya meleset. Beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya, dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun. Setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba2 mengangkat kedua tangannya sambil berteriak, “Alhamdulillah. Saya temuinya! Pasir halus menari2 di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga.” Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman. Aliran air yang keluar besarnya sama disetiap titik di semua kawasan. Ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Mengandungi Zat Anti Kuman.
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam2 mengandungi zat fluoride yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat. Lalu perbezaan air zam2 dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium. Kandungan kedua2 mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam2, mungkin sebab itulah air zam2 dapat menyegarkan bagi Jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua Jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh menyembuhkan penyakit Nabi S.A.W menjelaskan: “Sesungguhnya air zam2 ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi.

Nabi S.A.W menambahkan: “Air zam2 bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah akan mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail.” (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah S.A.W pernah mengambil air zam2 dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan air zam2 itu digunakan Rasulullah S.A.W untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Berikut beberapa gambar punca mata air zam2:
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di Laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zam2 memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga2 yang ada di sekitar Mekah.

- Kadar kalsium dan magnesiumnya lebih tinggi disbanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
- Air zam2 juga mengandungi zat fluoride yang berkhasiat memusnahkan kuman2 yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air zam2 sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
- Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam2 tetap berair. Dan air zam2 memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa Ulama Fiqah mencadangkan agar Jemaah haji membawa air zam2 ketika pulang ke Negaranya kerana air zam2 boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti Jemaah lain dari Negara umat Islam mahupun Negara lain yang pernah merasakkan keajaiban air zam2.


Subhanallah, tinggi sungguh keajaiban dari Pencipta kita kan. Kisah ini diambil dari facebook, yang juga mesti kita perlu tahu tentang ini. Allahuakbar Allah Maha Besar. Moga manfaat buat korang k (‘’,)


No comments:

Post a Comment